Anda di sini

Roket meletup dekat kedutaan AS di Baghdad: Sumber keselamatan

Advertisement
 Gambar fail diambil pada 2 Januari lepas menunjukkan pasukan antipengganas Iraq berkawal di hadapan kedutaan AS di ibu negara Baghdad, Iraq. Satu roket meletup berhampiran kedutaan AS itu pada awal pagi semalam, kata sumber keselamatan. — Gambar AFP
BERKAWAL: Gambar fail diambil pada 2 Januari lepas menunjukkan pasukan antipengganas Iraq berkawal di hadapan kedutaan AS di ibu negara Baghdad, Iraq. Satu roket meletup berhampiran kedutaan AS itu pada awal pagi semalam, kata sumber keselamatan. — Gambar AFP

BAGHDAD: Satu roket meletup berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad pada awal pagi semalam, sumber keselama-tan memberitahu AFP, yang pertama berlaku di zon keselamatan ketat dalam beberapa minggu.

Letupan boleh didengari di sekitar ibu negara Iraq itu dan membunyikan siren keselamatan di kawasan kedutaan AS namun tidak menyebabkan kematian atau kecederaan, tambah sumber berkenaan.

Tidak ada yang mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Ia berlaku selepas lebih 24 serangan yang sama ke atas kepentingan AS di Iraq sejak Oktober di mana pihak AS menyalahkan puak-puak yang disokong oleh Iran di kalangan pasukan keselamatan Iraq.

Beberapa serangan roket, yang membunuh anggota bersenjata AS, Britain dan Iraq,  telah menjejaskan de-ngan teruk hubungan Baghdad dan Washington.

Ketegangan mencapai takat didih pada Januari apabila AS membunuh jeneral Iran Qasem Solei-mani dan komander Iraq Abu Mahdi al-Muhandis dalam serangan dron ke atas Baghdad.

Namun AS dan Iraq telah berharap untuk melaraskan semula hubungan sejak Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi mengambil alih tampuk pimpinan pada awal bulan ini, dengan rundingan bilateral dirancangkan pada Jun.

Rundingan dijangka akan membentuk rangka kerja bagi kehadiran pasukan tentera AS, yang dikerahkan ke Iraq pada 2014 untuk mengetuai pakatan menentang kumpulan Daesh.

Namun pasukan tentera tersebut merupakan duri bagi pihak Iran dan sekutunya di Iraq, yang menuntut mereka meninggalkan negara itu.

Pada Ahad lepas, pe-mimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei berkata AS “tidak akan berada sama ada di Iraq atau Syria dan harus berundur serta pasti akan dihalau keluar.”

Pakatan yang diketuai AS telah menarik balik 7,500 anggota tenteranya di Iraq  pada tahun ini, memetik ancaman yang berkurangan dari Daesh dan kesukaran melatih tentera Iraq di-sebabkan oleh penularan wabak COVID-19. — AFP

Advertisement