Anda di sini

KMKK digesa ingatkan masyarakat patuhi PKPB

Advertisement
 Safiee (berdiri, tengah) menyerahkan MRP kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Safiee (berdiri, tengah) menyerahkan MRP kepada salah seorang penerima.

MUKAH: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa turut memainkan peranan ketika musim perayaan ini terutama dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, mereka perlu kerap mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita sudah maklum bahawa COVID-19 boleh mengancam nyawa dan masyarakat perlu sentiasa diingatkan,” katanya ketika penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP).

Tugas ini katanya, bukan sahaja tertakluk kepada pihak KMKK namun harus turut dikongsi kepada jawatankuasa kampung dan pengerusi pertubuhan.

Dalam pada itu, Safiee menyerahkan MRP kepada 42 penerima di kawasan Daro terdiri daripada pelbagai pihak yang secara keseseluruhannya bernilai RM224,000.

Pemberian MRP seperti itu katanya, adalah bukti kesungguhan kerajaan khususnya kerajaan negeri dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Walaupun masih PKPB, ia sedikit pun tidak membuatkan kerajaan lupa dengan dana yang perlu disalurkan kepada semua pihak penerima terutama di peringkat akar umbi.

MRP berkenaan kata Safiee, boleh digunakan untuk membiayai aktiviti dan perancangan pihak penerima khususnya sepanjang bulan Ramadan dan aktiviti lain sepanjang tahun.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli, Pemanca Lau Oi Phen dan Penghulu Abu Bakar.

  • oleh
  • Advertisement