Anda di sini

Digi Sinaran Raya tawar #LebihJimatLagiErat sempena Aidilfitri

Advertisement
 Digi Sinaran Raya menawarkan #LebihJimatLagiErat sempena Hari Raya.
MENARIK: Digi Sinaran Raya menawarkan #LebihJimatLagiErat sempena Hari Raya.

KUCHING: Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah memperkenalkan kempen Digi Sinaran Raya yang membolehkan pelanggan menikmati tawaran Aidilfitri eksklusif.

Bertemakan #LebihJimatLagiErat, Digi menawarkan jualan istimewa kepada semua pelanggannya untuk memastikan mereka sentiasa berhubung semasa perayaan dan pada masa yang sama, membolehkan mereka berjimat.

Antara tawaran eksklusif dan menarik untuk mewarnai Aidilfitri adalah Digi Postpaid, Digi Prepaid, Digi Business dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai promo tersebut bolehlah melayari laman web https://www.digi.com.my/shop/raya. Menjelang perayaan ini juga, Digi akan menganjurkan Strim Live Jualan Edisi Khas #DigiSinaranRaya melalui Facebooknya bermula 18 Mei dari jam 9 malam, yang menawarkan tawaran istimewa untuk pelan dan peranti.

Edisi khas yang dihoskan oleh Shazeeq daripada BeautifulNara.com itu juga menyaksikan peserta berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM3,500 termasuk telefon pintar.

Rebutlah peluang ini untuk bertemu dengan tetamu istimewa Digi, Cik Ain daripada Seminit Resipi dan Wan Syafiq daripada Berani Buat serta Daddy Hood & Soloz daripada pasukan e-sukan Digi, Team Bosskurr.

Dalam usaha merapatkan jurang antara pelanggan dan jenama tempatan kegemaran mereka pula, Digi menawarkan kepada pelanggan pelbagai tawaran menarik, semuanya boleh didapati melalui MyDigi Rewards hingga akhir Mei.

Pelanggan boleh menik-mati diskaun sehingga 60 peratus dan lebih lagi untuk jenama makanan tempatan seperti Misz Oven, Jiju’s Cake to Share dan Daging Salai Bagak serta kegemaran sepanjang masa seperti Kenny Roger Roasters, Dunkin’ Donuts dan Tiger Sugar.

Bagi mereka yang masih mencari pakaian Raya, mereka bakal dapat potongan harga hingga 35 peratus daripada pelbagai jenama popular termasuk Poplook, Losravelda, D’yana & Zoe Arissa.

Selain makanan dan fesyen, pelanggan juga dapat menikmati tawaran langganan yang menarik sepanjang musim ini dengan EasyAdd by Digi.

EasyAdd menawarkan langganan satu bulan percuma untuk Ibadat dan membolehkan pelanggan mengakses ciri premium bagi membimbing anda sepanjang Ramadan dan Syawal.

Bagi mereka yang ingin mencuba kemahiran masakan semasa perayaan akan datang bolehlah melanggan Ookbee Buffet untuk resipi terbaik dengan hanya RM4.90 sebulan yang juga menawarkan akses tanpa had ke e-majalah popular.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hiburan terbaik bagi seluruh keluarga pada Aidilfitri ini dengan langganan hanya RM5 sebulan untuk Mubi Sinema, iflix atau Viu – semuanya disertakan dengan percuma!

Langgan Mubi Sinema dan anda akan mendapat saluran Mubi BOO percuma.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh melanggan Viu atau iflix untuk mendapatkan Internet 5GB percuma untuk menstrim rancangan kegemaran mereka.

Tawaran ini disediakan secara eksklusif untuk pelanggan Digi!

Untuk senarai penuh tawaran semasa perayaan ini, muat turun Aplikasi MyDigi melalui Apple Store atau Google Play Store atau lawati www.EasyAdd.my untuk langganan.

Melengkapkan kempen Aidilfitri dan meletakkan sentuhan digital dalam amalan berkumpul sebagai sebahagian daripada perayaan, Digi mengadakan kolaboratif maya dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk memberi peluang kepada peminat Red Giants berhubung dengan pasukan bola sepak kegemaran mereka. Pastikan anda terus mengikuti aplikasi MyDigi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran Digi’s Raya, kunjungi https://www.digi.com.my/shop/raya.

Advertisement