Anda di sini

Tentera jumpa syabu 5.5 kg ditinggalkan di Tebedu

Advertisement
Dadah yang ditemui di sempadan Sarawak-Kalimantan di Tebedu.
Dadah yang ditemui di sempadan Sarawak-Kalimantan di Tebedu.

SERIAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemui dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.5 kilogram yang ditinggalkan berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan pada Isnin.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri berkata pasukan Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja ketika menjalankan operasi mengawal sempadan menemui sebuah beg galas, kira-kira 200 meter dari sempadan sekitar jam 10 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas beg tersebut mendapati terdapat lima bungkusan mengandungi serbuk kristal disyaki syabu.

"Bungkusan tersebut dibalut dengan pita pelekat serta plastik dan hasil pemeriksaan mendapati ia mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang setiap satu dianggarkan seberat 1.1 kilogram dengan nilai keseluruhan RM422,370," katanya.

Tambahnya, kesemua dadah tersebut kemudian diserahkan kepada Balai Polis Tebedu untuk tindakan selanjutnya.

"Rampasan (dadah) merupakan antara yang tertinggi melihat kepada nilainya (RM422,370)," katanya.

Tegasnya juga, pasukannya akan setiasa berwaspda dan meningkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan terutama semasa penularan wabak COVID-19.

"Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan lagi untuk menangani ancaman jenayah rentas sempadan serta penyeludupan dadah di Sarawak dan Kalimantan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement