Anda di sini

Netflix adaptasi novel baharu Elena Ferrante ke siri TV

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 4 Oktober 2016 ini menunjukkan buku oleh penulis Itali Elena Ferrante di sebuah kedai buku di Rom. Netflix baru-baru ini mengumumkan ia akan mengadaptasikan novel Ferrante, ‘The Lying Life of Adults’, ke dalam siri televisyen. — Gambar AFP
SIRI TV: Gambar fail yang diambil pada 4 Oktober 2016 ini menunjukkan buku oleh penulis Itali Elena Ferrante di sebuah kedai buku di Rom. Netflix baru-baru ini mengumumkan ia akan mengadaptasikan novel Ferrante, ‘The Lying Life of Adults’, ke dalam siri televisyen. — Gambar AFP

NETFLIX baru-baru ini mengumumkan ia akan mengadaptasikan novel baharu penulis Itali Elena Ferrante, ‘The Lying Life of Adults’, ke dalam siri televisyen, walaupun buku itu hanya akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada September.

“Netflix dan Fandango menggembleng tenaga untuk membuat sebuah siri berdasarkan ‘The Lying Life of Adults’, novel terbaharu daripada penulis novel Itali yang disayangi ramai, Elena Ferrante,” kata gergasi striming itu dalam satu kenyataan.

Siri itu akan dihasilkan dalam kerjasama dengan syarikat penerbitan Itali, Fandango, yang mana pengasasnya Domenico Procacci mengusahakan adaptasi televisyen bagi siri Ferrante berjudul ‘My Brilliant Friend’.

Drama empat bahagian ‘My Brilliant Friend’, yang melonjakkan Ferrante sehingga menjadi masyhur seantero dunia, turut diubah menjadi sebuah siri oleh HBP dalam kolaborasi dengan saluran penyiaran negara Itali, Rai.

Pada hujung April lalu, HBO mengarahkan musim ketiga bagi ‘My Brilliant Friend’. Novel yang mendasarinya sudah menjual lebih 15 juta naskhah di seluruh dunia.

‘The Lying Life of Adults’ (‘La Vita bugiarda degli adulti’) menceritakan tentang kehidupan Giovanna dari zaman kanak-kanak hingga zaman remaja pada tahun 1990an, dengan – seperti dalam novel-novel Ferrante sebelum ini – bandar raya Naples sebagai latar belakang.

Kenyataan Netflix membayangkan siri berkenaan akan mengadakan penggambaran di Itali, dalam bahasa Itali – bahasa asal buku terbabit.

Buku ‘The Lying Life of Adults’ dikeluarkan pada November 2019 dalam bahasa Itali, dan akan diterbitkan dalam 25 bahasa pada September, menurut kenyataan itu.

Walaupun novel-novel ‘My Brilliant Friend’, yang diterbitkan antara 2011 hingga 2014 di Itali, menikmati kejayaan yang amat besar sekali, Ferrante tidak pernah mendedahkan identitinya dan masih menggunakan nama pena.

Calon paling berkemungkinan yang akan melakonkan watak utama, seperti yang ditampilkan oleh wartawan Itali, Claudio Gatti, adalah penterjemah dari Rom, Anita Raja.

Teori itu tidak pernah disahkan mahupun dinafikan oleh penerbit Ferrante di Itali, Edizioni E/O. — AFP

Advertisement