Anda di sini

Hiasi, terangi rumah pengubat kerinduan terhadap kemeriahan menjelang Syawal

Advertisement
 Pemasangan lampu raya menjadi kemestian bagi penduduk setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.
PERHIASAN: Pemasangan lampu raya menjadi kemestian bagi penduduk setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.
 Penduduk memasang lampu raya di pekarangan beranda rumah mereka di Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau.
MENGHIDUPKAN SUASANA: Penduduk memasang lampu raya di pekarangan beranda rumah mereka di Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau.

PERSEDIAAN menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya ala kadar bagi penduduk di beberapa kampung di Bintulu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) meskipun amat merindui suasana meriah menjelang perayaan itu pada tahun-tahun sebelum ini.

Begitupun, bagi menghilangkan rasa rindu kemeriahan dan mengisi kesunyian menjelang Syawal, penduduk tetap memasang lampu raya menghiasi rumah masing-masing pada ketika ini seperti yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau.

“Walaupun suasana raya tahun ini mengikut norma baharu serta tidak semeriah seperti sambutan raya pada tahun-tahun lepas, namun semangat penduduk membuat persiapan

menghiasi rumah dengan lampu raya tetap dilakukan,” kata Ketua Kaum Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau Haliza Mudin kelmarin.

Katanya, penduduk kampung tidak pernah lemah semangat dengan satu-satu masalah yang mendatang dan tidak dinafikan rasa kesunyian tetap ada.

“Bagi menghilang rasa kesunyian dan menghadirkan sedikit rasa sambutan perayaan pada tahun ini penduduk tetap memasang lampu raya menerangi rumah dan persekitaran rumah,” katanya.

Beliau berkata, kuih-muih raya juga ada dibuat tetapi hanya ala kadar sahaja memandangkan tiada aktiviti kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dibenarkan pada sambutan Hari Raya tahun ini.

Ia turut mengambil kira garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan sosial di bawah PKPB yang dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Haliza berkata, tidak semua penduduk kampung di Kuala Tatau memasang lampu raya dan dalam tempoh sekarang hanya sekitar 40 peratus sahaja yang memasangnya berbanding 90 peratus pada tahun-tahun sebelumnya.

Jelasnya, pemasangan lampu raya pada tahun sebelumnya meriah memadangkan waktu itu penduduk yang bekerja di luar daerah semuanya kembali ke kampung di sini

setiap kali menyambut raya.

Penduduk kampung di Kuala Tatau merangkumi Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir, Kampung Seberang dan Kampung Seberang Jaya.

Advertisement