Anda di sini

Pakej Indo Pek tawar kandungan serba baharu dalam format HD

Advertisement
 Para peminat bakal dihidangkan dengan barisan sinetron terbaik yang pastinya bakal menawan hati para penonton selain program realiti berkonsepkan pertandingan bakat popular di Indonesia iaitu ‘Golden Memories 2’. — Gambar ihsan Astro
MENARIK: Para peminat bakal dihidangkan dengan barisan sinetron terbaik yang pastinya bakal menawan hati para penonton selain program realiti berkonsepkan pertandingan bakat popular di Indonesia iaitu ‘Golden Memories 2’. — Gambar ihsan Astro

MULAI 23 Mei ini, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) akan dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek yang turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.

Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.

Buat pertama kalinya, program-program hits dari Indonesia ditawarkan dalam format definisi tinggi secara eksklusif untuk memberi kepuasan pengalaman menonton yang lebih maksima kepada pelanggan.

Program yang disiarkan di kedua-dua buah saluran ini juga turut disertakan dengan sarikata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Dengan pelancaran dua saluran baharu ini, dua buah saluran asal dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan ditamatkan perkhidmatan siarannya bermula 1 Jun 2020, jam 00:01.

Untuk makluman, Pakej Indo Pek mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan masih menerima sambutan positif daripada kalangan peminatnya yang tersendiri sehingga kini.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara,  Raja Jastina Arshad dalam kenyataan rasmi oleh Astro kelmarin, selaku pembekal kandungan berbayar utama di negara ini, Astro sentiasa memperkenalkan pelbagai pembaharuan dinamik bagi menambah baik mutu perkhidmatan terutamanya daripada segi kualiti dan fleksibiliti agar berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan.

“Buat pertama kalinya kualiti siaran kandungan dalam Pakej Indo Pek dinaik taraf ke format definisi tinggi menerusi dua saluran baharu iaitu Astro Rania HD dan Astro Aura HD sebagai daya penarik utama untuk memberikan kepuasan pengalaman menonton yang optimum kepada para pelanggan yang gemarkan kandungan hiburan terkini dari negara seberang,” katanya.

Tambahnya, Astro Rania HD merupakan sebuah saluran hiburan yang mengetengahkan variasi kandungan seperti sinetron, telefilem dan program realiti manakala saluran Astro Aura HD pula lebih menfokuskan kepada pelbagai format kandungan berkaitan muzik terutamanya dangdut.

Sebagai pembuka tirai, sinetron ‘Cinta Buta’ yang pernah tercalon dan diiktiraf menerusi pelbagai kategori di SCTV Awards 2019 dan Festival Film Bandung 2019 bakal dibawakan secara eksklusif. Selain itu, program realiti Dangdut No 1. Indonesia, ‘Liga Dangdut Indonesia’ dan ‘Golden Memories’ anjuran stesen Indosiar juga bakal ditayangkan.

Pelanggan Astro boleh terus menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pratonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.

Untuk semua pelanggan Pakej Astro (tidak termasuk Pakej Family Pack), caj yuran langganan untuk Pakej Indo Pek masih dikekalkan dengan harga serendah RM12 sebulan. Manakala istimewa buat pelanggan Pakej Value Pack, hanya caj RM8 akan dikenakan.

Untuk melanggan pakej ini, sila ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my

Advertisement