Anda di sini

Lelaki mengaku salah cederakan isteri, ayah sendiri dipenjara sembilan bulan

Advertisement

SIBU: Seorang suami dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isteri dan ayahnya sendiri, Selasa lepas.

Lee Yan Hong, 30, yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula semalam.

Bagi pertuduhan pertama, Lee didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berumur 20 tahun pada 12 Mei 2020, kira-kira jam 9.30 malam di rumah mereka di Lorong 4 Jalan Cherry.

Sementara bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencederakan ayahnya sen-diri yang berumur 59 tahun pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Untuk kedua-dua pertuduhan ini, Lee didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Fakta kes menyatakan pada hari kejadian, berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan isterinya di mana dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan tangan di kepala, tangan dan belakang badan.

Dalam kejadian itu, tertuduh turut bertindak me-numbuk ayahnya yang cuba meleraikan pergaduhan, menyebabkan mangsa patah gigi.

Difahamkan ketika kejadian, tertuduh di bawah pe-ngaruh alkohol dan dikatakan sering bertindak memukul mangsa setelah mengambil minuman keras.