Anda di sini

SPRM Kedah tahan lapan individu kemuka tuntutan palsu

Advertisement
 Lapan individu termasuk dua pengurus syarikat direman bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin dianggarkan bernilai lebih RM186,000 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Kompleks Mahkamah Alor Setar semalam. Kesemua suspek berusia antara 39 hingga 45 tahun mendapat perintah reman yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi selama tujuh hari bermula semalam hingga 20 Me
DITANGKAP: Lapan individu termasuk dua pengurus syarikat direman bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin dianggarkan bernilai lebih RM186,000 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Kompleks Mahkamah Alor Setar semalam. Kesemua suspek berusia antara 39 hingga 45 tahun mendapat perintah reman yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi selama tujuh hari bermula semalam hingga 20 Mei

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan lapan individu, termasuk seorang warga Filipina dan dua pengurus syarikat di Kulim, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu dianggarkan bernilai lebih RM180,000 (AS$43,000).

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharon Nizam Abd Manap berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 39 hingga 45 tahun itu terdiri daripada lima kakitangan kejuruteraan sebuah kilang, termasuk warga Filipina, dan tiga kakitangan syarikat pembekal (dua pengurus).

Beliau berkata mereka ditahan di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan di Pejabat SPRM negeri di sini antara jam 10.30 pagi Rabu hingga 10 malam kelmarin.

Suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin bernilai lebih RM180,000 antara Ogos hingga Oktober 2019.

“Namun didapati tiada alat ganti dibekalkan oleh syarikat pembekal kepada kilang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar Rashidah Azmi mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. — Bernama

Advertisement