Anda di sini

Alli terselamat, bergelut dengan perompak bersenjatakan pisau

Advertisement
ALLI
ALLI

LONDON, England: Perompak bersenjatakan pisau memecah masuk ke kediaman pemain tengah kelab Tottenham Hotspur, Dele Alli di London pada awal Rabu, dengan pemain antarabangsa England itu terselamat kecederaan serius selepas terkena pisau ketika bergelut dengan penceroboh.

Alli, 24, berada dalam kuarantin di kediamannya bersama adik lelaki, pasangan mereka dan seorang rakan rapat, lapor akhbar Daily Mail, menjelang kelab kembali menjalani latihan.

Dua lelaki memecah masuk selepas tengah malam dan berikutan dengan pergelutan dengan Alli, mereka berjaya melarikan barangan kemas.

Alli dan penghuni lain di rumah itu dikatakan trauma dengan kejadian itu tetapi yang lain tidak dicederakan.

“Terima kasih di atas ucapan anda. Pengalaman menakutkan tetapi kami semua OK sekarang. Saya hargai semua sokongan anda,” kata Alli menerusi ciapan Twitter.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar yang sama: “Polis dipanggil kira-kira jam 12.35 pagi (waktu tempatan) pada Rabu, 13 Mei untuk melaporkan satu rompakan di sebuah kediaman beralamat di Barnet.

“Dua lelaki memecah masuk ke kediaman dan mencuri barangan kemas termasuk jam sebelum melarikan diri.

“Seorang penghuni kediaman, berusia dalam 20an, mengalami kecederaan kecil di bahagian muka selepas diserang. Dia bagaimanapun tidak memerlukan rawatan di hospital.”

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Alli dijadual memulakan sesi latihan bersama Spurs minggu hadapan menjelang harapan di mana musim Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada bulan hadapan. — AFP

Advertisement