Anda di sini

Akan ada kerugian besar untuk kelab : Masters

Advertisement
 Penyerang Everton, Romelu Lukaku meraikan gol jaringannya di hadapan lensa kamera pada aksi Liga Perdana menentang Sunderland di Stadium of Light, Sunderland dalam gambar fail bertarikh 12 September 2016. — Gambar AFP
CERIA: Penyerang Everton, Romelu Lukaku meraikan gol jaringannya di hadapan lensa kamera pada aksi Liga Perdana menentang Sunderland di Stadium of Light, Sunderland dalam gambar fail bertarikh 12 September 2016. — Gambar AFP

LONDON, England: Kelab-kelab Liga Perdana bakal berdepan kemungkinan terpaksa membayar semula satu jumlah yang besar kepada badan penyiaran walaupun jika mereka berjaya menamatkan musim tanpa penonton ketika pandemik koronavirus (COVID-19).

Badan penyiaran akan dibayar untuk perlawanan yang tidak dilangsungkan seperti jadual dan kekurangan suasana meriah dalam stadium tanpa penonton juga satu faktor.

Penyiaran BBC melaporkan jumlah yang dihadapi oleh Liga Perdana Inggeris, yang meneruskan harapan untuk “Projek Mula Semula” pada Isnin, mungkin setinggi 340 juta pound.

“Kami dapat memberi kemas kini kepada kelab-kelab kami hari ini mengenai situasi dengan badan penyiaran, yang sememangnya rahsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Perdana, Richard Masters.

“Apa jua yang berlaku, akan ada kerugian besar untuk kelab. Ia tidak dielakkan.

“Kita dapat melihat gambaran lebih jelas hari ini tentang apa yang akan berlaku dalam pelbagai senario, menamatkan musim dan tidak menamatkan musim, untuk membolehkan mereka mendapat satu gambaran sebenar tentang kedudukan kami pada awal bulan Mei.”

Rebet kepada badan penyiaran akan meningkat kepada anggaran 760 juta jika musim tidak dapat ditamatkan. Masters sebelum ini memberi amaran kerugian 1 bilion pound sebaik sahaja jumlah kutipan tiket hari perlawanan diambil kira.

Buat kali pertama pada awal minggu ini, kesemua 20 kelab Liga Perdana membincangkan cara yang mungkin digunakan untuk menentukan kedudukan akhir jika ia dianggap tidak selamat untuk menyambung semula musim. — AFP

Advertisement