Anda di sini

Serie A: Ibrahimovic kembali ke Milan

Advertisement
 Ibrahimovic menghadiri sesi latihan bersama skuad Hammarby di Tele 2 Arena, Stockholm pada 17 April lepas. — Gambar AFP
KEKALKAN KECERGASAN: Ibrahimovic menghadiri sesi latihan bersama skuad Hammarby di Tele 2 Arena, Stockholm pada 17 April lepas. — Gambar AFP

MILAN, Itali: Bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic kembali ke Itali pada Isnin selepas dua bulan berada di negara kelahirannya, Sweden, ketika Serie A Itali membuat persediaan untuk menjalani latihan secara berkumpulan dalam tempoh seminggu lagi.

Ibrahimovic dilihat tiba di Milan memakai penutup hidung dan mulut dan sarung tangan sebelum dibawa ke pusat latihan kelab di Milanello.

Beliau dijangka menjalani tempoh kuarantin wajib dua minggu sebelum menyertai rakan sepasukan yang sudah menjalani latihan secara individu minggu lepas.

Latihan secara berkumpulan dijangka dibenarkan bermula 18 Mei depan.

Pemain berusia 38 tahun itu kembali ke Sweden pada 12 Mac selepas Serie A ditangguhkan ketika pandemik koronavirus (COVID-19) melanda Itali dan Eropah.

Ibrahimovic sibuk berlatih di Sweden bersama pemain di kelab Hammarby, kelab divisyen satu Sweden yang dimiliki separuh olehnya.

Tidak seperti negara lain di Eropah di mana perintah sekatan pergerakan menghalang atlet berlatih dan di Sweden sekatan pergerakan lebih fleksibel.

Pemain bintang Serie A sudah kembali ke Itali dengan penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo sudah kembali ke Itali minggu lepas dari negara asalnya, Portugal. — AFP

Advertisement