Anda di sini

Bomba Sarawak teruskan operasi nyah cemar di enam lokasi hari ini

Advertisement
Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja sanitasi melibatkan 33 buah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja sanitasi melibatkan 33 buah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. - Gambar ihsan bomba 

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dari menjalankan operasi nyah cemar di enam lagi lokasi setakat jam 3.30 petang hari ini, menjadikan jumlah kumulatif lokasi 521 di negeri ini. 

Penolong Pengarah Operasi Negeri,Tiong Ling Hii berkata, enam lokasi itu masing-masing, tiga di Kuching, dua Miri dan satu Sarikei. 

Jelasnya, jumlah kumulatif lokasi di negeri ini pula, Kuching sebanyak 178 operasi sanitasi dilakukan, diikuti Miri (104), Bintulu (43), Limbang (39),Sarikei (35), Kota Samarahan (28),  Sri Aman (25), Kapit (19), Sibu (18), Betong (15), Serian (12) dan Mukah (5).

"Antara premis yang disanitasi ialah 60 pasar awam, tempat perhimpunan (52), tempat ibadat (103), bangunan kerajaan (156), kenderaan pengangkutan (63), kawasan perumahan (35), pasar raya (32), hotel (18) dan kilang (2).

"Jumlah keseluruhan anggota terlibat dalam kerja-kerja sanitasi di seluruh Sarawak bagi tempoh 30 Mac sehingga 3.30 petang (semalam) adalah seramai 3,954 anggota dari JBPM Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Tiong, operasi sanitasi yang bermula 30 Mac itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu seramai 403 anggota, Pihak Berkuasa Tempatan (1,623), Kementerian Kesihatan Malaysia (735), Pejabat Daerah (61), RELA (223), Polis Bantuan (6), Polis Diraja Malaysia (170) dan lain-lain agensi (161). 

Selain itu, Unit Kesihatan Awam dari PBT telah melaksanakan program nyahcemar di 83 lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tempoh 30 Mac hingga 8 pagi hari ini. 

  • oleh
  • Advertisement