Anda di sini

Penjual bunga diberkas kerana didakwa seksa kucing sampai mati

Advertisement
 

KUCHING: Seorang penjual bunga diberkas kerana didakwa menganiaya serta membunuh seekor kucing di kawasan perumahan yang didiaminya di Jalan Ensing Timur, Batu Kawa hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan (gambar) berkata kejadian dilaporkan berlaku pada Rabu lepas oleh orang awam selepas melihat seekor kucing diikat di leher dan digantung pada pagar sebuah rumah iaitu sekitar jam 7 pagi.

Bertindak kepada laporan tersebut, suspek iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun berjaya diberkas hari ini iaitu sekitar jam 4 petang, tadi.

"Siasatan awal, suspek memasang jerat kucing menggunakan tali rafia di pagar hadapan rumah kerana mendakwa kucing tersebut selalu membuang najis serta mencakar keretanya.

"Dia bagaimanapun tidak menyangka kucing tersebut akam mati disebabkan jerat yang dipasangnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan bangkai kucing bersama tali rafia tersebut dibuang suspek ke dalam tong sampah pada hari yang sama (rabu).

"Kertas siasatan akan dikemaskini segera untuk dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement