APA yang membuat Taiwan berjaya mengawal wabak COVID-19? Menurut laporan dari Free Malaysia Today .. Ketika dunia masih leka terhadap potensi bahayanya wabak COVID-19 yang sedang merebak dengan cepat dari Wuhan, Australia dan Taiwan sudah mencatatkan 4 jangkitan baru di wilayah mereka.
Kedua-dua negara ini mempunyai populasi yang hampir sama iaitu kira-kira 24 juta orang, kedua-duanya pulau yang membolehkan kawalan ketat ke atas sesiapa yang melintasi sempadan mereka, serta mempunyai hubungan perdagangan dan pengangkutan yang kuat dengan tanah besar China lapor Iluminasi.
Bagaimanapun, 10 minggu kemudian, Australia mempunyai lebih daripada 6,000 kes COVID-19 sementara Taiwan mempunyai kurang daripada 400 kes.
Persoalannya bagaimana Taiwan mengawal penularan virus itu ketika dunia yang lain tidak lakukan.
Kejayaan Taiwan dalam membendung penyebaran virus COVID-19 bukanlah suatu kebetulan. Tetapi hasil kerja bertungkus lumus dan keberkesanan pemerintah, kakitangan perubatan, sektor swasta, dan orang awam.
Sudah ternyata pengalaman pahit dan kesukaran rakyat Taiwan disebabkan oleh pemulauan masyarakat antarabangsa khasnya daripada WHO sendiri terhadap mereka. Mereka terpaksa belajar untuk berdikari.
Akhirnya mereka telah menemui jalan untuk bertahan dalam masa-masa kesusahan dan berjaya mengatasi, menyesuaikan diri dan bertahan dalam situasi yang sukar.
Mengambil iktibar pengalaman yang menyakitkan dari wabak Sindrom Pernafasan Akut Parah (SARS) pada tahun 2003, Taiwan adalah antara wilayah yang paling teruk terjejas bersama-sama dengan Hong Kong dan selatan China.
Lebih daripada 150,000 orang dikuarantin di pulau itu dan 181 orang meninggal dunia. Walaupun SARS tidak boleh dibandingkan dengan krisis COVID-19, namun ia menyebabkan kejutan di sebahagian besar Asia dan memberikan kesan terhadap bagaimana Kerajaan dan rakyat Taiwan hari ini selalu berwaspada ketika menghadapi ancaman kesihatan.
Ini telah membantu banyak bahagian di wilayah Taiwan untuk bertindak balas dengan cepat atas ancaman wabak COVID-19 dan tidak bersikap acuh tak acuh berbanding negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali.
Taiwan menjadi sangat berhati-hati apabila kes pertama pneumonia misteri dilaporkan di Wuhan, China dan memandang wabak COVID-19 dengan serius sekali di peringkat kerajaan dan masyarakat, dengan kawalan sempadan.
Memakai topeng pantas menjadi rutin seawal bulan Januari di kebanyakan kawasan.
Untuk pengetahuan Taiwan mempunyai sistem penjagaan kesihatan bertaraf dunia, dengan liputan universal.
Ketika berita mengenai COVID-19 mula muncul dari Wuhan semasa Tahun Baru Cina, para pegawai di Pusat Perubatan Kesihatan Nasional (NHCC) Taiwan bertindak pantas untuk bertindak balas terhadap ancaman yang berkemungkinan.
Taiwan dengan segera menghasilkan dan melaksanakan senarai 124 tindakan dalam tempoh 5 minggu untuk melindungi kesihatan awam.
Antara langkah awal yang menjadi penentu keputusan untuk mengharamkan perjalanan dari banyak bahagian China, tidak membenarkan kapal pesiar berlabuh di pelabuhannya dan memperkenalkan hukuman yang ketat bagi sesiapa yang didapati melakukan pelanggaran perintah kuarantin di rumah.
Teknologi menjadi senjata utama mereka. Orang yang diasingkan akan diawasi melalui telefon serta pemeriksaan suhu dan gejala dilakukan setiap hari.
Sistem kuarantin warga Taiwan dikawal melalui satu sistem komputer berpusat di mana kedudukan mereka dipantau 24 jam sehari. Mana-mana individu yang baru pulang dari negara luar akan diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari. Sekiranya dikesan melanggar kuarantin, akan mengakibatkan saman berjumlah RM143,055 dikeluarkan.
Di samping itu Kerajaan Taiwan juga segera melakukan siasatan ketat untuk mengesan sejarah perjalanan dan kes-kes hubungan. Ia juga melakukan pengasingan sebelum berlakunya penularan.
Namun, upaya ini tidak hanya terbatas pada profesional kesihatan di bawah Kementeri Kesihatan, tetapi juga komuniti perniagaan, dan orang ramai untuk memantau suhu badan pengunjung dan membasmi kuman di tempat awam.
Sebagai tambahan kepada penjarakan sosial lebih daripada 1 meter di tempat awam, pemakaian topeng diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam bermula 1 April.
Untuk mencegah pembelian panik secara besar-besaran, pada tahap awal kerajaan Taiwan memantau lonjakan pasar komoditi dan mengambil alih pengeluaran dan pengedaran topeng perubatan.
Dalam kes ini, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengkoordinasikan barisan pengeluaran tambahan dan menggandakan kapasiti pengeluaran topeng pembedahan dengan kerjasama dengan industri swasta.
Seawal Januari, kerajaan Taiwan sudah meningkatkan pengeluaran topeng dan peralatan pelindung diri (PPE) lain serta bekalan perubatan kritikal.
Selain itu, didukung oleh pakar teknologi, farmasi dan bangunan serbaneka, Kerajaan Taiwan merancang sistem untuk menyebarkan topeng bertopeng. Dengan cara itu, topeng sentiasa tersedia dan harga pun berpatutan, baik untuk hospital dan orang awam.
Dasar dan tindakan yang dilaksanakan melampaui kawalan sempadan kerana mereka mengakui itu tidak mencukupi. Dan semua ini dilakukan Taiwan ketika mana negara-negara lain masih berdebat sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak.
Berbeza dengan laporan terdahulu dari China, demografi pesakit di Taiwan jauh lebih muda (dengan usia median 32) dengan lebih ramai pesakit perempuan (57%) berbanding pesakit lelaki (43%).
Malah, hanya 49% daripada pesakit mengalami demam sementara 37% mempunyai rhinorrhea (biasanya dirujuk sebagai hidung berair). Hanya 7% pesakit sahaja yang mengalami dengan radang paru-paru penuh.
Taiwan menerima hakikat dan mendedahkan halangan yang dialami oleh mereka di mana walaupun memiliki sistem perawatan kesihatan di anatara terbaik di dunia, Taiwan sukar untuk menguruskan rawatan COVID-19 jika tidak ada usaha bersama dari semua negara.
Walaupun Taiwan bukan ahli WHO, negara kecil ini bersedia dan mampu menggunakan kekuatannya dalam pembuatan, perubatan dan teknologi untuk bekerja dengan mana mana negara , sama sama menegani krisis global yang berlaku akibat pandemi COVID-19 .
Taiwan merupakan antara negara yang diiktiraf berjaya menangani wabak COVID-19 sejak peringkat awal penyebaran wabak. Malah negara itu dipuji oleh banyak pihak kerana keberkesanan sistem yang mereka perkenalkan di negara mereka. Sistem kawalan pergerakan yang mereka gunakan menjejaki setiap langkah mereka berdasarkan kepada lokasi GPS yang diaktifkan, berjaya memantau pergerakan penduduk.
Pengenalan sistem tersebut, sikap ambil serius dan cepat bertindak yang diamalkan Taiwan serta kepercayaan warga Taiwan kepada kerajaan mereka dalam menangani COVID-19 ; merupakan tulang belakang kepada kejayaan pengawalan wabak di negara itu.
Semasa musiba melanda dunia sekarang Taiwan mengetepikan perbezaannya dan bersedia bekerjasama untuk kepentingan umat manusia.
Mereka faham perjuangan menentang Covid-19 akan memerlukan usaha kolektif dari orang-orang di seluruh dunia. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh menghadapi musim yang malang sekarang.