Anda di sini

Venezuela dakwa berjaya patahkan ‘serangan’ AS

Advertisement
 Gambar serahan Pejabat Presiden Venezuela menunjukkan Maduro bercakap semasa bermesyuarat dengan anggota Angkatan Tentera Negara Bolivarian (FANB) di Istana Presiden Miraflores di Caracas kelmarin. — Gambar AFP
SERIUS: Gambar serahan Pejabat Presiden Venezuela menunjukkan Maduro bercakap semasa bermesyuarat dengan anggota Angkatan Tentera Negara Bolivarian (FANB) di Istana Presiden Miraflores di Caracas kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Dua rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan di Venezuela kelmarin kerana disyaki berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Presiden Nicolas Maduro, yang menuduh ketua pembangkang yang di-sokong oleh AS Juan Guaido membiayai skim tersebut.

Penangkapan itu dibuat sehari selepas kerajaan itu berkata ia telah menggagal-kan “serangan” dari laut, membunuh lapan penyerang dan menangkap dua lagi.

Maduro muncul menerusi televisyen kerajaan untuk menunjukkan pasport Luke Denman, 34, dan Airan Berry, 41, dan memberitahu perintah tinggi tentera Vene-zuela bahawa kedua-dua mereka merupakan anggota pasukan keselamatan AS.

Ketua Peguam Negara Tarek William Saab terdahulu memberitahu pemberita bahawa “askar-askar upahan” telah menandatangani kontrak bernilai AS$212 juta bersama Guaido dengan menggunakan dana “yang dicuri” dari syarikat minyak kerajaan PDVSA.

AS – sebuah daripada lebih 50 negara yang menyokong Guaido sebagai pemangku presiden Venezuela tatkala beliau mencabar Maduro untuk mendapatkan kuasa – telah mengecam sekatan ke atas PDVSA dan membenarkan Guaido untuk mengguna-kan dana dari akaun-akaun beku milik subsidiari syarikat tersebut yang berpangkalan di Houston, Citgo.

Saab berkata Guaido telah menandatangani kontrak bersama bekas askar pasukan khas AS Jordan Goudreau, yang dikaitkan dalam beberapa laporan media pada minggu lepas dengan cubaan yang dikatakan gagal untuk menggulingkan Maduro.

Goudreau yang dilahirkan di Kanada, seorang vete-ran Iraq dan Afghanistan, dituduh melatih tentera upahan untuk menyerang Venezuela yang dibubarkan selepas pihak berkuasa Colombia merampas senjata yang hendak dihantar kepada kumpulan tersebut.

Saab turut berkongsi dalam media sosial satu video yang menunjukkan Goudreau, yang kini mengurus sebuah syarikat keselamatan swasta dipanggil Silvercorp USA, di mana bekas askar itu mendakwa operasi menentang rejim Maduro sedang dijalankan.

Pasukan media Guaido mengeluarkan satu kenyataan kelmarin untuk menafikan tuduhan itu dan menegaskan ia tidak ada sebarang perjanji-an dengan syarikat keselamatan swasta.

Pada Ahad lepas, Vene-zuela mendakwa sebuah kumpulan yang mengguna-kan bot laju dan berlepas dari Colombia cuba mendarat sebelum subuh di negeri pantai utara La Guaira tetapi dipintas oleh unit polis khas dan tentera.

Diosdado Cabello, timbalan ketua Parti Sosialis yang memerintah negara, mendakwa operasi itu “didalangi” AS dan Agensi Pe-nguatkuasaan Dadah (DEA), dengan sokongan Colombia.

Colombia menafikan sebarang pembabitan, manakala Maduro mendakwa kelmarin bahawa matlamat misi itu adalah untuk membunuhnya.

Venezuela kerap menu-duh Colombia merancang komplot untuk mengguling-kan kerajaan Maduro dan membenarkan askar upahan untuk berlatih di dalam negaranya.

Saab berkata pihak berkuasa sudah menahan 114 orang dan mengeluarkan waran untuk menangkap 92 lagi yang dituduh terlibat dalam komplot menentang Maduro dan rejimnya sejak satu cubaan didakwa dilakukan untuk membunuhnya dengan menggunakan dron yang membawa bahan letupan pada 2018.

Beliau menambah bahawa Venezuela telah merampas senjata api sewaktu serangan yang didakwa itu selepas ia dicuri dari parlimen sewaktu pemberontakan tentera yang diketuai Guaido yang gagal pada tahun lepas.

Pendakwa raya itu telah melancarkan beberapa siasatan ke atas Guaido tetapi tidak pernah mengarahkan penangkapannya. — AFP

Advertisement