Anda di sini

Indeks jenayah Lahad Datu turun sepanjang PKP

Advertisement
NASRI
NASRI

LAHAD DATU: Indeks jenayah di daerah ini menunjukkan kadar penurunan kes sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sehingga kelmarin kadar indeks jenayah turun 49 peratus dengan merekodkan 19  kes berbanding tahun lalu.

"Perkembangan ini berikutan penguatkuasaan PKP yang dilaksanakan terutama di semua Sekatan Jalan Raya (SJR) dan rondaan ke kawasan taman perumahan dan kampung," katanya di sini.

Nasri berkata masyarakat di daerah ini telah memberi kerjasama yang baik sepanjang PKP dengan mencatat kadar pematuhan PKP sebanyak 97 peratus.

Menurutnya, sepanjang PKP dikuat kuasa bermula 18 Mac, sebanyak 68 kertas siasatan telah dibuka dan 143 individu ditahan termasuk warga asing.

 Pemeriksaan oleh anggota petugas menguatkuasakan PKP di SJR.
DIPERIKSA: Pemeriksaan oleh anggota petugas menguatkuasakan PKP di SJR.

Katanya, daripada jumlah itu sejumlah 85 individu telah menjalani perbicaraan kes manakala lapan kes pula sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

"Mereka berumur dalam lingkungan 13 hingga 70 tahun ini bukan sahaja ditahan kerana ingkar pada PKP tetapi telah melakukan kesalahan-kesalahan jenayah lain," katanya.

Nasri menasihatkan orang ramai sentiasa peka pada perkembangan semasa dan mengutamakan keselamatan kesihatan dengan malakukan langkah-langkah pencegahan COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement