Anda di sini

Canon lancar Kamera Digital Pawagam EOS C300 Mark III dan perluas Siri Lensa Pawagam Canon ‘CINE-SERVO’

Advertisement
 Canon C300 Mark III dilengkapi dengan platform pemprosesan video DIGIC DV 7, membolehkan ia menyokong rakaman kadar bingkai tinggi 4K/120p. CMOS AF Piksel Duaan juga memberikan ketepatan fokus dengan kejituan tinggi yang diperlukan dalam rakaman 4K.
BAHARU: Canon C300 Mark III dilengkapi dengan platform pemprosesan video DIGIC DV 7, membolehkan ia menyokong rakaman kadar bingkai tinggi 4K/120p. CMOS AF Piksel Duaan juga memberikan ketepatan fokus dengan kejituan tinggi yang diperlukan dalam rakaman 4K.

SHAH ALAM: Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) peneraju global yang dipercayai dalam industri fotografi telah melancarkan EOS C300 Mark III dan model baharu lensa-lensa CINE-SERVO.

EOS C300 Mark III merupakan produk baharu penghasilan video Sistem Pawagam EOS yang merealisasikan julat dinamik tinggi dengan menggunakan sensor Output Hasil Duaan (DGO) yang baru dicipta dan menyokong rakaman kadar bingkai tinggi 4K/120p.

Manakala model baharu lensa-lensa CINE-SERVO mampu mencapai prestasi optik 8K, pembesaran tinggi 10x zum dan mempunyai pemanjang 1.5x terbina di dalam bekas lensanya.

Ketua Jabatan Produk Komunikasi Pengimejan Canon Marketing Malaysia, Albert Mah berkata, Canon amat teruja untuk memperkenalkan EOS C300 Mark III bersama tambahan Lensa Pawagam Canon lensa CINE-SERVO CN10x25 IAS S/E1 (tapak EF) dan lensa CINE-SERVO CN10x25 IAS S/P1 (tapak PL).

“Produk-produk ini direka untuk memberi tumpuan kepada pembikin filem, juruvideo dan peminat videografi. EOS C300 Mark III mampu merakam filem 4K/60p dengan julat dinamik yang amat tinggi dan hingar rendah dalam mod DGO. Ia juga membolehkan pengguna menyesuaikan kamera tersebut dengan persekitaran rakaman dan menggunakannya dalam pelbagai senario penghasilan.

“Selain itu, lensa CINE-SERVO CN10x25 IAS S/E1 (tapak EF) dan CN10x25 IAS S/P1 (tapak PL) direka dengan menggunakan teknologi optik unik dari Canon, membuatkan ia sesuai untuk digunakan dengan kamera 8K. Lensa-lensa ini juga mempunyai unit pemacu boleh tanggal dengan kebolehan operasi yang sama dengan lensa penyiaran, memberikan rangkaian keperluan yang luas dari penghasilan kandungan penyiaran hinggalah penghasilan video,” katanya.

Kamera Canon EOS C300 Mark III akan dijual pada harga RM50,899 manakala lensa CINE-SERVOCN10x25 IAS S/E1 (tapak EF) dan CN10x25 IAS S/P1 (tapak PL mount) akan dijual pada harga RM165,999 setiap satu bermula Julai 2020.

Advertisement