Anda di sini

Jawab tawaran moratorium sebelum 29 Mei - Bank Rakyat 

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Pelanggan Bank Rakyat yang menerima tawaran moratorium pembiayaan melalui khidmat pesanan ringkas perlu memberi maklum balas melalui ‘e-borang’ di laman sesawang https://mora.bankrakyat.com.my sebelum atau pada 29 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rosman Mohamed berkata mereka perlu berbuat demikian dengan menghantar ‘e-borang’ yang telah diisikan pada tempoh ditetapkan itu.

“Pelanggan yang tidak memberikan maklum balas dalam tempoh yang telah diberikan akan dikira sebagai tidak meneruskan moratorium,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata penstrukturan semula pembiayaan dengan kadar keuntungan asal dan lanjutan tempoh moratorium akan dilaksanakan kepada pelanggan yang memilih untuk meneruskan moratorium.

Sebaliknya, pelanggan yang enggan meneruskan kemudahan moratorium tersebut perlu menjelaskan ansuran bulanan seperti biasa bermula Jun.

Menurutnya, mereka juga akan diberi tempoh masa untuk menjelaskan ansuran bulanan yang tidak dibayar sebelum ini semasa tempoh moratorium tanpa sebarang caj lewat bayar.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.bankrakyat.com.my atau di saluran media sosial rasmi bank tersebut. - Bernama 

TAG: Bank Rakyat, moratorium, pembiayaan


MI MI INA
 

Sunday , 03 May 2020