Anda di sini

Rakyat sambut baik PKPB tidak dilaksana di Sabah, bimbang COVID-19 kembali menular

Advertisement
ZARINAH
ZARINAH

SANDAKAN: Rakyat di negeri ini melahirkan rasa lega apabila Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini.

Rata-rata yang ditemui berpendapat perintah berkenaan masih terlalu awal untuk dilaksanakan di negara ini.

Zarinah Ahmadul, 33, berkata, tindakan kerajaan negeri mengambil keputussn untuk tidak melaksanakan PKPB adalah wajar bagi mencegah penularan COVID-19 di Sabah.

"Kita tidak mahu gelombang ke-3 wabak COVID-19 akan melumpuhkan negeri ini secara keseluruhannya.

"Bagaimanapun, perlu ada jalan lebih konkrit bagi membantu golongan peniaga, usahawan serta individu yang terkesan dengan PKP dari pihak kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, selagi negara masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19, selagi itu beliau tidak yakin jika PKP ditamatkan atau dilonggarkan.

MUNIRA
MUNIRA

Sementara itu, Munira Abdul Muis, 24, turut menyambut baik keputusan kerajaan negeri yang tidak melaksanakan PKPB di Sabah.

Jelasnya, adalah lebih baik jika rantaian wabak COVID-19 benar-benar putus baharu kerajaan mengambil tindakan susulan sama ada mahu melonggarkan atau menamatkan PKP.

"Ketika PKP dilaksanakan, masih ada pertambahan pesakit direkodkan setiap hari. Meskipun ramai juga diantara mereka yang telah sembuh, tetapi kes baharu masih ada.

"Oleh itu, sekiranya PKPB dilaksanakan, kita sukar mahu jangka adakah inisiatif ini lebih baik daripada PKP atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengambil risiko dalam berdepan dengan wabak ini," jelasnya.

Terdahulu, pada Jumaat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB akan dilaksanakan mulai hari ini (4 Mei), yang mana sebahagian besar sektor ekonomi akan dibuka semula.

  • oleh
  • Advertisement