Anda di sini

Indonesia catat 31 lagi kematian akibat COVID-19 dengan jumlah kes 10,843

Advertisement
 

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban akibat COVID-19 di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata kes positif virus itu juga meningkat kepada 10,843 kes, iaitu tambahan 292 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

"Ketika ini, sebanyak 22,545 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 392 kes diikuti Jawa Timur (106), Jawa Tengah (84) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

Advertisement