Anda di sini

Kebiasaan yang baharu selepas COVID-19

Advertisement
 

SUDAH lebih sebulan kita terperuk di rumah. Tidak dapat dinafikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu langkah terbaik dalam

memerangi virus COVID-19. Kini PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei ini. Ia bertujuan 'mematikan' wabak COVID-19 yang masih berada
dalam kalangan komuniti atau dirujuk sebagai kes sporadik.

Pertambahan tempoh dua minggu lagi dalam PKP fasa keempat juga disifatkan peluang untuk membudayakan corak kehidupan mengikut kebiasaan baharu.

 Biarlah kita dukung semangat yang positif untuk menghadapi segalanya. Yang pasti, inilah masanya untuk kita ‘kembali’ bersama keluarga di bulan yang mulia ini.
BERSAMA KELUARGA: Biarlah kita dukung semangat yang positif untuk menghadapi segalanya. Yang pasti, inilah masanya untuk kita ‘kembali’ bersama keluarga di bulan yang mulia ini.

Dibuai lamunan COVID-19, kita terserempak dengan istilah kebiasaan yang baharu ataupun the new normal seperti apa yang disaran oleh Perdana Menteri di mana beliau berkata, “Kita akan menjalani kehidupan dengan 'the new normal' atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.”

Secara ringkas ungkapan 'kebiasaan yang baharu', menggambarkan salah satu kebenaran yang jelas bahawa kehidupan kita sedang dalam
proses perubahan selamanya dan kita perlu menyesuaikan diri.

Ia mengambarkan situasi dan keadaan yang kita tidak boleh bayangkan bahawa keadaan biasa kita sedang lalui  ini sudah pasti akan menjadi
kebiasaan yang mungkin untuk selamanya.

Ketika kita mula mengagumi kejayaan kita melalui tempoh PKP dan hari-hari COVID-19, tanpa disedari, beberapa perubahan kelakuan tempoh ini akan menyebabkan perubahan norma sosial.

Kemungkinan besar kita akan kurang mengunjungi tempat yang sesak atau tertutup di tempat awam seperti pawagam, stadium serta penggunaan pengangkutan awam.

 Aspek yang paling lazim di masa depan yang mungkin kita hadapi adalah peningkatan keperluan untuk jarak fizikal.
JAGA JARAK: Aspek yang paling lazim di masa depan yang mungkin kita hadapi adalah peningkatan keperluan untuk jarak fizikal.

Pengalaman pahit pandemik COVID-19 ini, tetap akan memberi kita banyak pengajaran. Ramai di antara kita telah menyedari betapa pentingnya disiplin diri, diinspirasikan oleh pesanan serta petua untuk membina kembali hubungan dengan orang di sekeliling kita, cara memperoleh kemahiran baharu, bersenam dan sebagainya.

Banyak di antara kita, pengalaman PKP ini akan menimbulkan tingkah laku, pemikiran dan sifat manusia yang terbaik – dari sikap kesukarelawanan dan pengawalan diri ke sifat toleransi yang tinggi.

Malah paling penting, ia menimbulkan perasaan kesyukuran mendalam, kerana kita masih bernyawa dan dalam keadaan sihat walafiat.

Di Malaysia, cara bagaimana penjagaan kesihatan disampaikan mungkin berubah, dengan beberapa segmen memilih e-konsultasi. Sistem kesihatan awam juga harus sentiasa sensitif dan memperhatikan persekitaran sosial dan fizikal dengan teliti, sebagai penentu tahap kesihatan, sekiranya terjadi wabak penyakit berjangkit di masa depan. Penderitaan wabak ini memang nyata, tetapi ia juga akan berlalu akhirnya dan kita akan bangun menikmati fajar yang baru.

Bagi orang ramai, penyesuaian yang terpaksa kita hadapi ialah cara kita hidup, bekerja dan bermain mungkin tidak begitu membimbangkan
akan tetapi dikendalikan oleh kegelisahan. Kita rindu masa yang lampau. Inilah perasaan lumrah manusia.

Aspek yang paling lazim di masa depan yang mungkin kita hadapi adalah peningkatan keperluan untuk jarak fizikal. Selain penurunan jumlah
jabat tangan, persidangan, acara besar, pameran, seminar, pameran perdagangan, pertunjukan anugerah, dan sesi rangkaian akan berkurang
secara drastik pada bulan-bulan mendatang. Ia menempuh suasana baharu atau kebiasaan yang baharu.

Tidak mustahil dunia terpaksa memulihkan dari kesan pandemik COVID-19 yang dialami sepanjang tahun 2020 ini. Pandemik COVID-19  telah mengubah cara bagaimana kita melihat ekonomi, kebergantungan antara satu sama lain, bagaimana kita bersosial serta bagaimana kita menangani krisis.  

Ekonomi negara akan mengambil masa sehingga ke perteghahan  tahun  2021 untuk sihat kembali. Selepas itu, keadaan yang kita lalui seperti biasa tidak akan berlaku malah kita terpaksa menjalani perkara 'the new normal.'

 Banyak di antara kita, pengalaman PKP ini akan menimbulkan tingkah laku, pemikiran dan sifat manusia yang terbaik – dari sikap kesukarelawanan dan pengawalan diri ke sifat toleransi yang tinggi.
TOLERANSI: Banyak di antara kita, pengalaman PKP ini akan menimbulkan tingkah laku, pemikiran dan sifat manusia yang terbaik – dari sikap kesukarelawanan dan pengawalan diri ke sifat toleransi yang tinggi.

Yang terkini, suka atau tidak, kebiasaan yang baru Ramadan tahun ini adalah yang paling ketara. Janganlah kita marah apabila tidak dapat pulang ke kampung sembayang bersama ahli keluarga dan janganlah berputus asa apabila tidak dapat berniaga di bazar Ramadan. Saya percaya semua yang berlaku ini ada hikmah dan sebabnya.

Biarlah kita dukung semangat yang positif untuk menghadapi segalanya. Yang pasti, inilah masanya untuk kita ‘kembali’ bersama keluarga di bulan yang mulia ini.

 Kita rindu masa yang lampau. Inilah perasaan lumrah manusia. Akan tetapi kita kena terima realiti norma baharu.
RINDU MASA LALU: Kita rindu masa yang lampau. Inilah perasaan lumrah manusia. Akan tetapi kita kena terima realiti norma baharu.

Dalam Ramadan sebelum ini, berapa kali kita berbuka puasa bersama anak-anak? Tidak dinafikan mungkin ada yang cuma beberapa kali sahaja kerana sibuk bekerja atau perlu menghadiri undangan berbuka puasa di luar atas kapasiti kerja.

Pelan penamatan PKP perlu dilakukan secara bertahap - atau 'soft landing' - supaya Malaysia dapat memulakan 'kebiasaan baru' dan pada
masa yang sama terus memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta memulakan 'kebiasaan baharu'.

Advertisement