Anda di sini

Unimas hantar pelajar pulang bermula esok

Advertisement
 

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan mula menghantar pelajar pulang ke kampung masing-masing mulai esok.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata (gambar) pihaknya telah mengenalpasti pelajar yang terlibat dan penghantaran itu akan mengikut garis yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) 

"Kita akan mula menghantar pelajar yang berasal dari Sarawak seramai 279 orang pada jam 9 pagi di sini (UNIMAS). Mereka bukan sahaja terdiri daripada pelajar UNIMAS tetapi turut melibatkan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain di sini.

"Bagaimanapun, penghantaran pulang pelajar ini hanya melibatkan zon hijau sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Dr Mohamad Kadim, pelajar UNIMAS  dari Semenanjung dan Sabah yang tinggal di dalam dan luar kampus juga dibenarkan pulang.

"Bagaimanapun, perkara ini masih dalam proses penyelarasan dan penghantaran pulang akan dilakukan secara berperingkat.

"Kita memohon ibu bapa dan juga pelajar terbabit untuk bersabar kerana kita berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan mereka selamat sampai ke rumah masing-masing," ujarnya.

Pelajar UNIMAS yang tinggal di kampus dan menyewa di luar kampus ialah kira-kira 4,000 orang.

  • oleh
  • Advertisement