Anda di sini

Teringat Tari Kecak dan senja di Uluwatu

Advertisement
"Pura Luhur Uluwatu terletak di Wilayah Dewa  Pecatu, Kecamatan Kuta Badung. Mengikut cerita, Pura yang terletak hujung barat Daya Pulau Bali, di ketinggian kira-kira 70 meter dari permukaan laut itu didirikan sekitar abad ke-11 lagi"
"Pura Luhur Uluwatu terletak di Wilayah Dewa Pecatu, Kecamatan Kuta Badung. Mengikut cerita, Pura yang terletak hujung barat Daya Pulau Bali, di ketinggian kira-kira 70 meter dari permukaan laut itu didirikan sekitar abad ke-11 lagi"

SENJA di Uluwatu mungkin adalah salah satu senja paling mengesankan sepanjang beberapa kunjungan saya ke Bali, salah satu pulau paling indah di Indonesia. Saya teringat ketika berkunjung ke sana beberapa waktu yang lalu.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, kami dibawa menuju Pura Uluwatu, kira-kira satu setengah jam dari Denpasar.

 Penulis bergambar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.
DI BALI: Penulis bergambar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Pura Luhur Uluwatu terletak di Wilayah Dewa  Pecatu, Kecamatan Kuta Badung. Mengikut cerita, Pura yang terletak hujung barat Daya Pulau Bali, di ketinggian kira-kira 70 meter dari permukaan laut itu didirikan sekitar abad ke-11 lagi.

Pada mulanya, Pura itu digunakan sebagai tempat memuja seorang pendeta suci bernama Empu Kuturan, yang menurunkan ajaran Desa Adat dengan segala peraturannya dan juga Dang Hyang Nirartha yang datang ke Bali pada akhir tahun 1550, untuk mengakhiri perjalanannya yang dinamakan Moksa atau Ngeluhur, sehingga Uluwatu dikenal sebagai Pura Luhur Uluwatu.

 Pemandangan indah di Uluwatu.
INDAH: Pemandangan indah di Uluwatu.

Pemandangan dari Pura Luhur Uluwatu itu sangat mengasyikkan. Berdiri di atas anjungan batu karang yang curam dan tinggi itu menghadirkan pengalaman yang luar biasa.

Terdapat beberapa pura di Uluwatu, yang mempunyai kaitan dengan pura induk. Setiap 210 hari, pura itu dibersihkan sempena hari piodalan. Selain itu, setiap tiba bulan purnama, masyarakat Bali mengadakan upacara di pura itu.

 Sejarah Uluwatu turut dicatatkan di sini.
SEJARAH: Sejarah Uluwatu turut dicatatkan di sini.

 Dari ketinggian itu, kita dapat melihat ombak pantai yang amat sesuai untuk sukan luncur. Warna biru dan cantik, dan pada setiap debur ombaknya mempesona pengunjung untuk datang lagi ke Bali.

Senja tiba di Uluwatu bersama kisah Rama, raja yang bijaksana yang cuba menyelamatkan isterinya yang dilarikan oleh Rahwana. Kisah Ramayana itu diceritakan melalui Tari Kecak, sebuah tari dengan gerakan tanpa muzik kecuali bunyi cak cak. Tari Kecak adalah sebuah tarian tradisional Bali yang menjadi ikon Bali.

 Salah satu aksi Tari Kecak.
AKSI: Salah satu aksi Tari Kecak.

Tarian yang dicipta Wayan Limbak, serang seniman Bali kira-kira tahun 1930 itu sangat memukau penonton. Tari Kecak itu sangat terkenal kerana keunikannya.

Tidak hairanlah tempat pertunjukan Tari Kecak itu dipenuhi lebih 1,000 penonton walaupun kapasiti tempat duduk hanya sekitar 800 orang. Setiap penonton dikenakan Rp100,000 atau kira-kira RM28.00 tetapi jumlah penontonnya tidak berkurang setiap kali pementasan itu diadakan.

 Salah satu watak dalam tarian Kecak.
ANTAGONIS: Salah satu watak dalam tarian Kecak.

Tari Kecak itu dimainkan oleh penari laki-laki yang duduk melingkar, puluhan jumlahnya, dan mampu membuat gerakan yang unik dan menarik.

Pengalaman menonton Tari Kecak di Uluwatu mungkin berbeza dengan pengalaman menonton Tari Kecak di Ubud.

 Senja di Uluwatu, begitu syahdu.
PANORAMA: Senja di Uluwatu, begitu syahdu.

Namun ekspresi penari membuat penonton tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Bunyi cak-cak-cak-cak yang mengiringi tarian itu, memberikan tarikan tersendiri untuk kita menghayati kisah yang dihadirkan dari awal hingga akhir dalam pementasan kira-kira satu jam itu.

Sebaik selesai, kami meninggalkan Pura Uluwatu dengan pengalaman yang menakjubkan. Bunyi cak-cak-cak-cak terus terngiang-ngiang di telinga kami sepanjang perjalanan pulang.

 Penonton kebanyakannya terdiri pelancong.
PENONTON: Penonton kebanyakannya terdiri pelancong.
 Adegan menarik dalam tarian Kecak.
KOBARAN API: Adegan menarik dalam tarian Kecak.
Advertisement