Anda di sini

Rakyat Tawau digesa terus patuh PKP

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

TAWAU: Rakyat Tawau digesa untuk terus duduk dalam rumah dan tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew merayu kepada masyarakat Tawau agar tidak melanggar penguatkuasaan berkenaan.

Katanya, pematuhan PKP adalah demi kebaikan rakyat sendiri selain perlu terus tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang PKP.

"Jangan sesekali mengambil risiko melanggar PKP sehingga boleh dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di sini.

"Saya sekali lagi merayu rakyat di sini agar tidak melanggar PKP, kita mesti mengelakkan daripada risiko jangkitan COVID-19.

"Jangan keluar dari rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting atau kecemasan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau mengingatkan rakyat kawasan itu agar tidak menyalahgunakan surat rasmi yang diberikan oleh pihak berkuasa berkaitan untuk keluar melaksanakan tugasan rasmi.

"Jangan sesekali menyalahgunakan surat sedemikian sebagai alasan untuk bergerak bebas sepanjang tempoh PKP apabila anda sebenarnya tidak bertugas.

"Kita tidak ingin lagi melihat kejadian pada Jumaat lalu berulang," katanya.

Christina merujuk kepada kejadian seorang pekerja kontraktor syarikat telekomunikasi yang maut dalam kemalangan di Tawau ketika mangsa tidak diberikan sebarang tugas rasmi pada waktu berkenaan.

"Saya ada diberitahu mengenai kejadian itu dan ianya sangat mengecewakan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement