Anda di sini

E-Bazar Ramadan SmartTapau bantu peniaga pasarkan produk secara online

Advertisement
 Antara hidangan makanan dan minuman yang boleh diperolehi menerusi platform SmartTapau.
MENYELERAKAN: Antara hidangan makanan dan minuman yang boleh diperolehi menerusi platform SmartTapau.

SEMPENA Ramadan ini, syarikat teknologi maklumat tempatan, Smart Bah Technology Sdn Bhd, membangunkan SmartTapau, iaitu sebuah platform E-Bazar Ramadan sebagai wadah perniagaan online peniaga tempatan di negeri ini.

Melalui pautan laman web https://www.smarttapau.com, platform ini memudahkan peniaga kecil mempromosi produk makanan mereka dan memantau tempahan pelanggan.

MAZRIE
MAZRIE

Platorm ini juga memudahkan pelanggan mencari peniaga makanan yang terdekat dengan mereka.

Dengan ketiadaan bazar Ramadan tahun ini, SmartTapau akan membantu peniaga melakukan pemasaran platform secara digital, iaitu penggunaan strategi pengiklanan digital seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Google analisis untuk menarik trafik pelanggan ke SmartTapau.

NASI BRYANI

Pengarah Urusan Smart Bah Technology Sdn Bhd, Mazrie Mahat, berkata pendekatan seumpamanya sangat sesuai digunakan ketika bulan Ramadan sekarang khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bagi vendor berdaftar SmartTapau, pihak SmartTapau akan membuat poster khas untuk setiap vendor secara percuma dan terbitkan ke semua media sosial Smart Bah Technology agar vendor mendapat pendedahan kepada orang awam.

ROTI JOHN

SmartTapau juga akan bekerjasama dengan stesen radio, pihak surat khabar dan artis tempatan untuk meningkatkan pemasaran platform SmartTapau.

"Proses penyediaan platform SmartTapau sememangnya memerlukan kerjasama satu pasukan yang utuh untuk menjayakannya. SmartTapau dibangunkan dan dikendalikan oleh Smart Bah Technology. Untuk penyediaan SmartTapau, Smart Bah telah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu teknikal, bantuan dan sokongan, serta pemasaran.

"Pasukan Smart Bah telah membuat pembahagian tugas bagi setiap isu dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan setiap isu dan matlamat," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

ANEKA MINUMAN

Beliau berkata, semasa SmartTapau memulakan pelancaran untuk pencarian Vendor, pada minggu pertama sebanyak 30 vendor telah mendaftar dengan SmartTapau.

Katanya, angka itu terus meningkat setelah SmartTapau mengumumkan percubaan percuma sepanjang bulan Ramadan.

Namun katanya, SmartTapau akan membuat saringan vendor dari segi lokasi dan kesesuaian jualan.

BURGER

"Ini adalah kerana SmartTapau hanya meliputi kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya sahaja. SmartTapau juga menerima beberapa pendaftaran dari Semenanjung seperti Selangor, Kedah dan Johor.

"Pada masa sekarang, SmartTapau memberikan tempoh percubaan Akaun Vendor secara percuma sepanjang tempoh Bulan Ramadan ini dan setelah habis bulan Ramadan. para peniaga perlu membuat bayaran serendah RM50/sebulan (penjaja kecil) dan RM100/sebulan (restoran) untuk teruskan pengaktifan Akaun Vendor," katanya.

Menurutnya, SmartTapau telah dibangunkan dengan tujuan membantu para peniaga kecil dan restoran yang terkesan teruk sewaktu PKP yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.

"Dengan pengenalan bayaran yang rendah ini, SmartTapau berharap agar platform ini dapat membantu dalam penjanaan sumber pendapatan yang lebih dan mendapat pendedahan awam akan perniagaan," katanya.

ENAK: Roti gulung goreng juga boleh diperolehi menerusi platform SmartTapau.
  • oleh
  • Advertisement