Anda di sini

EWAR kesan individu suhu badan tinggi di pusat kuarantin MAEPS - TM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memasang peralatan inovatif yang dikenali sebagai Early Warning, Alert & Response atau “EWAR” yang berupaya mengukur dan mengesan individu mempunyai suhu badan yang tinggi di tempat tumpuan ramai.

TM dalam kenyataan memaklumkan EWAR dibangunkan oleh TM Research & Development (TM R&D) dan kini dipasang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menurut kenyataan itu, EWAR telah dibangunkan dengan fungsi ketepatan lebih tinggi berbanding alat pengesanan termometer biasa dan tidak memerlukan proses berulang kali yang memakan masa selain proses saringan lebih efektif dengan menyaring antara 10 ke 15 orang individu sesaat secara serentak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr Sharlene Thiagarajah berkata pemasangan kamera termal COVID-19 akan membantu memudahkan saringan tanpa sentuhan pasukan perubatan dan barisan hadapan dan ia akan meningkatkan kecekapan operasi di pusat berkenaan. 

Pengarah Pusat Kuarantin bagi COVID-19 Berisiko Rendah Dr Md Anuar Abd Samad @ Mahmood dalam kenyataan sama berkata dengan kemajuan teknologi digital yang ditawarkan, pihaknya yakin langkah berkenaan bertepatan dengan strategi bagi mempertingkatkan kemudahan di MAEPS. - Bernama 

Advertisement