Anda di sini

Kelapa parut dan santan segar dapat permintaan tinggi penduduk di Bintulu 

Advertisement
Normin menuang santan segera kelapa yang dibuatnya yang akan dijual kepada pelanggan menerusi tempahan dalam talian.
Normin menuang santan segera kelapa dibuatnya yang akan dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan dalam talian.

BINTULU: Produk kelapa parut, santan segar dan kerisik yang dijual dalam talian untuk keperluan membuat kuih muih dan bahan makanan juadah berbuka puasa oleh seorang pengusaha di bahagian ini mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Normin Sulaiman, 54, mengusahakan produk itu secara sepenuh masa di kedai dalam rumahnya di Kampung Dato Bintulu, yang boleh ditempah dalam talian.

 "Tempahan kini meningkat dan produk yang saya usahakan terus mendapat permintaan penduduk memandangkan bahan ini merupakan bahan penting untuk pembuatan kuih muih atau beberapa juadah berbuka puasa contohnya nasi kerabu," katanya semasa ditemu ramah Utusan Borneo hari ini. 

Kelapa parut putih.
Kelapa parut putih.

Normin berkata, permintaan kelapa parut dalam talian ini meningkat secara drastik dan dalam sehari beliau menerima sekitar 40 tempahan dalam talian meskipun perniagaan hanya beroperasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang berbanding sebelum PKP. 

Katanya, pelanggan perlu menempah produk jualannya dalam talian dan setelah siap, produk itu akan dihantar kepada para pelanggan atau pelanggan sendiri mengambil tempahan supaya para pelanggan tidak perlu menunggu lama sekali gus dapat mematuhi PKP. 

Justeru, penduduk di Bintulu yang ingin menempah dalam talian dan mendapatkan bahan kelapa parut serta bahan-bahan berasaskan kelapa itu tanpa perlu menunggu lama atau mendapatkannya melalui kemudahan penghantaran boleh menghubungi Normin di talian 013-8425306. 

Kelapa parut biasa.
Kelapa parut biasa.

Penjualan produk secara dalam talian itu adalah antara PKP yang dipatuhi oleh peniaga-peniaga kecil di Bintulu terutama semasa umat Islam menjalani ibadah puasa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak baru-baru ini menetapkan waktu operasi perniagaan menjual juadah berbuka puasa iaitu dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan hanya penjualan dalam rumah secara dalam talian atau e-bazar dibenarkan.

  • oleh
  • Advertisement