Anda di sini

Pusat kuarantin cawangan Kompleks Sukan Likas dibuka minggu hadapan

Advertisement
 Shafie (duduk) bersama Frankie (dua kanan) mendengar taklimat daripada Christina (kanan) semasa meninjau pusat kuarantin berkenaan.
TINJAU: Shafie (duduk) bersama Frankie (dua kanan) mendengar taklimat daripada Christina (kanan) semasa meninjau pusat kuarantin berkenaan.

KOTA KINABALU: Pusat kuarantin cawangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kompleks Sukan Likas dijangka mula dibuka minggu hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pusat kuarantin yang menelan belanja sebanyak RM2 juta itu bakal menempatkan sebanyak 172 katil.

Menurutnya, kerja pengubahsuaian pusat berkenaan mula dijalankan sejak 17 April lepas sebagai salah satu cawangan HQE.

Katanya, Dewan Badminton di Kompleks Sukan Likas diubah suai sebagai pusat kuarantin bagi menampung penempatan pesakit COVID-19.
 
Dalam pada itu, pihaknya turut bersedia untuk menghadapi kemungkinan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

"Apabila masyarakat kembali menjalani kehidupan normal dan lebih banyak perniagaan mula beroperasi, sudah pasti akan ada lebih banyak kontak antara individu," katanya.

 Keadaan pusat kuarantin di Kompleks Sukan Likas yang baharu diubah suai.
PUSAT: Keadaan pusat kuarantin di Kompleks Sukan Likas yang baharu diubah suai.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke pusat kuarantin di Kompleks Sukan Likas di sini semalam.

Shafie berkata, masyarakat di negeri ini perlu belajar dari apa yang berlaku di negara lain yang merekodkan peningkatan kes positif selepas PKP ditamatkan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan lebih selektif dalam memilih sektor yang boleh beroperasi berdasarkan permintaan dan situasi semasa.

Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi.

  • oleh
  • Advertisement