Anda di sini

Platform E-Bazar Ramadan SmartTapau untuk peniaga online

Advertisement
 Aidi (kiri) menyempurnakan perasmian SmartTapau, sambil disaksikan Pengarah Urusan Smart Bah Technology Sdn Bhd, Mazrie Mahat.
LANCAR: Aidi (kiri) menyempurnakan perasmian SmartTapau, sambil disaksikan Pengarah Urusan Smart Bah Technology Sdn Bhd, Mazrie Mahat.

KOTA KINABALU: Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar melancarkan SmartTapau, sebuah platform E-Bazar Ramadan yang direka untuk membantu dan memberi peluang kepada peniaga tempatan memulakan perniagaan secara online sempena Ramadan.

Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha itu yang memudahkan lagi hidup rakyat, terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Melalui pautan laman web https://www.smarttapau.com, platform ini memudahkan peniaga kecil mempromosi produk makanan mereka dan memantau tempahan pelanggan.

Platorm ini juga memudahkan pelanggan mencari peniaga makanan yang terdekat dengan mereka.

SmartTapau menawarkan tempoh percubaan tanpa sebarang pembayaran kos sepanjang bulan Ramadan.

SmartTapau dibangunkan oleh syarikat IT tempatan Smart Bah Technology Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai SmartTapau dan pendaftaran boleh ditujukan kepada Lizawati melalui emel [email protected] atau laman FB SmartBah di https://www.facebook.com/smartbahtechnology



 

Advertisement