Anda di sini

Hospital baharu perlu dibina di Ranau

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Sebuah hospital baharu perlu dibina di daerah Ranau bagi menampung keperluan rakyat di daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau telah berkali-kali mengutarakan isu pembinaan hospital baharu untuk daerah Ranau tetapi tidak mendapat respon yang positif.

"Saya sedar pentadbiran perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dibawah Perlembagaan Persekutuan.

"Sekiranya hospital baharu tidak dapat dibina saya merayu supaya alat-alat kelengkapan Hospital Ranau dapat dipertingkatkan," katanya ketika di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini semalam.

Beliau berkata, akibat daripada penularan COVID-19 di Sabah, pihak hospital mengalami kekurangan unit peralatan perlindungan peribadi (PPE), kit ujian saringan, pencuci tangan antisepik, penutup mulut dan kelengkapan kesihatan lain yang penting bagi barisan hadapan khususnya di hospital.

"Ini berlaku di seluruh negara. Kita terpaksa membeli 'test kits' daripada Singapura dan mendapatkan penutup mulut daripada China.

"Saya amat berdukacita apabila dimaklumkan di Hospital Ranau frontliner terpaksa menggunakan beg plastik kerana kekurangan kelengkapan PPE," katanya.

  • oleh
  • Advertisement