Anda di sini

Misi bantuan STAR diteruskan bantu penduduk terjejas pelanjutan PKP

Advertisement
 Sumbangan ADUN Bingkor kepada penduduk.
BERAS: Sumbangan ADUN Bingkor kepada penduduk.

PEJABAT Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Parlimen Keningau meneruskan misi bantuan kepada penduduk yang terkesan ekoran pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Robert Tawik berkata, lanjutan misi bantuan itu kini melibatkan lebih satu tan beras beserta barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada kira-kira 1,500 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi DUN Bingkor.

"Pengagihan dilaksanakan 11 pegawai dilantik untuk menghantar bantuan berkenaan ke rumah-rumah keluarga yang disenaraikan sebagai penerima," katanya.

Robert yang juga Naib Presiden STAR berkata demikian ketika membuat pengagihan kepada para pegawai di rumahnya di Kg Antolob Bingkor semalam.

 Beras dan makanan sedia diagih ke rumah-rumah penduduk Bingkor.
AGIH: Beras dan makanan sedia diagih ke rumah-rumah penduduk Bingkor.

Turut dilantik mengagihkan bantuan ialah Dius Ungkalis Bounding, ketua jawatankuasa pusat daerah mengundi Kg Baru Bingkor.

Beliau seterusnya mengajak penduduk di kawasannya agar terus mematuhi arahan PKP bagi memerangi pandemik COVID-19.

Robert menjelaskan pihaknya bersama Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan terus mengambil inisiatif untuk membantu rakyat agar tidak terjejas teruk selama tempoh PKP.

Menurut Robert meskipun bantuan yang diterima oleh kalangan keluarga tidak seberapa namun diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan pada waktu yang sukar ini.

"Kita mengagihkan bantuan secara adil dengan mengutamakan aspek kemanusiaan tanpa pilih kasih dan mengira fahaman politik," katanya.

Robert menjelaskan sikap pilih kasih dan mengabaikan keluarga yang berhak tiada dalam kamus politik perjuangannya dalam berkhidmat untuk kawasan DUN Bingkor.

Katanya, penglibatannya dalam politik adalah semata-mata untuk berkhidmat dan memperjuangkan nasib masyarakat yang diwakilinya.

Di samping 11 pegawai dilantik, turut membantu pengagihan bantuan ialah kepimpinan KDCA Youth Council Keningau, Kelab Belia Keningau dan Youth Power Keningau.

 Dius menerima sumbangan dari Robert (kanan) untuk diagihkan kepada penduduk.
TERIMA SUMBANGAN: Dius menerima sumbangan dari Robert (kanan) untuk diagihkan kepada penduduk.
  • oleh
  • Advertisement