Anda di sini

Masa depan anda bermula di UNITAR - Universiti Antarabangsa Dalam Talian bertaraf Lima Bintang yang pertama di Asia

Advertisement
 

Universiti Antarabangsa UNITAR merupakan universiti pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan QS Lima Bintang bagi pembelajaran dalam talian dan universiti maya pertama di Asia Tenggara.

Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinannya, UNITAR telah membuka pusat-pusat pembelajaran yang baharu di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak.
 
UNITAR terkenal dengan kebolehan akses yang tidak dapat ditandingi melalui pembelajaran unik sama ada secara bersemuka atau dalam talian, atau kedua-duanya. 

Melalui kaedah penyampaian yang unik dan kemudahan lain bagi membantu pelajar mengatasi halangan kewangan, kedudukan geografi dan halangan lain, tawaran pengajian di UNITAR telah memberikan akses mudah untuk mendapatkan pendidikan tinggi kepada semua rakyat Malaysia daripada lepasan sekolah hingga ke pekerja profesional. 

Sebagai sebahagian daripada Bantuan Kewangan COVID-19 UNITAR, pelajar yang membuat permohonan belajar di UNITAR pada bulan April layak untuk mendapat inisiatif 'Zero Fee Bursary' di seluruh negara. Ini bermakna baki yuran pengajian yang tidak dibiayai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) akan diserap oleh UNITAR.  

Setelah menamatkan pengajian dan mula membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN, pelajar tidak perlu membayar sebarang yuran untuk program mereka, termasuk kursus asasi.  

Pelajar dari pusat pengajian di Sabah dan Sarawak juga layak untuk mendapat elaun sara hidup, elaun mobiliti dan sebuah tablet bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar. Kesemua faedah tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah iaitu B40. 

Bagi menyesuaikan penyampaian unik antara orang awam serta pelajar berpotensi dengan UNITAR, institusi ini menawarkan pengajaran dalam talian percuma selama lima hari untuk konsep Design Thinking pada April 2020. Kursus ini adalah sehingga enam jam selama lima hari dan terbuka kepada orang ramai.

Sementara itu, semua kursus di bawah pengambilan April 2020 layak mendapat percubaan selama sebulan tanpa sebarang komitmen.  Ini membolehkan pelajar menyesuaikan diri mereka dengan pembelajaran dalam talian bagi bulan pertama.  

Yuran pengajian hanya dikenakan apabila pelajar memutuskan untuk meneruskan kursus dari bulan kedua pengajian dan seterusnya. Di samping itu juga, pelajar boleh memilih untuk meneruskan pengajian melalui platform dalam talian, atau beralih kepada pembelajaran konvensional.

Antara program-program yang ditawarkan UNITAR di Sabah adalah Program Asasi Pengurusan, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Awal Kanak-Kanak) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti.

Manakala di Sarawak pula menawarkan Program Asasi Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelajar juga boleh memilih kursus lain yang ditawarkan oleh kampus utama di Semenanjung Malaysia dan kelas akan dijalankan secara dalam talian, termasuk program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang sangat tinggi permintaannya.  

UNITAR berbangga kerana menjadi institut pengajian tinggi utama yang berpatutan dengan matlamat untuk memberikan laluan yang paling mudah diakses kepada pendidikan dan mengubah bukan sahaja kehidupan pelajar tetapi juga keluarga mereka, sementara memberi kesan positif kepada masyarakat, negara dan dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Puvan Balachandran berkata pengembangan ke Borneo terus mengukuhkan reputasi UNITAR sebagai institut pengajian tinggi yang berdaya maju.

"UNITAR sentiasa menjadi institut pengajian tinggi pilihan yang berpatutan dengan matlamat menyediakan laluan yang paling mudah mencapai pendidikan bagi kebanyakan generasi muda di Malaysia, tanpa mengira pembelajaran secara dalam talian, bersemuka atau kedua-duanya," katanya. 

 

Sementara itu, Naib Canselor UNITAR, Profesor Dr Noor Raihan Ab Hamid juga memuji kejayaan pengiktirafan QS yang dicapai oleh universiti. Beliau juga menyatakan bahawa penganugerahan berprestij ini adalah satu lagi petunjuk bahawa model pendidikan dalam talian UNITAR yang unik dengan standard kecemerlangan yang tinggi, diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau menambah bahawa pelajar UNITAR mendapat keupayaan untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan sebaya, pensyarah dan industri di pelbagai forum teknologi, menjadikan mereka sangat berkemampuan.

Dipuji sebagai 'Universiti untuk Semua', program UNITAR direka bentuk secara unik untuk melengkapkan pelajarnya dengan kualiti C.A.R.E - Kerjasama, Adaptif, Reflektif, Keusahawanan. Ini adalah kemahiran penting yang menyediakan graduan untuk dunia bekerja, dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

 

Bagi pengambilan bulan April di UNITAR, pelajar berpotensi mendapatkan percubaan selama satu bulan dengan komitmen sifar. Mereka hanya perlu membayar jika mereka meneruskan ke bulan kedua.
 
Untuk segmen B40, pelajar layak untuk 'Zero Fee Bursary', di mana baki yuran pengajian yang tidak dibiayai oleh PTPTN akan diserap oleh UNITAR.  

Oleh itu, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk belajar di UNITAR dan juga layak untuk mendapat elaun sara hidup, elaun mobiliti, dan sebuah tablet.
 
Ia bebas risiko, jadi sekarang adalah masa untuk mendaftar.
 
 Untuk maklumat lanjut, pergi ke https://bit.ly/2wWUGYE
 
 # university4all #UNITARunikita @myunitar

Advertisement