Anda di sini

Buat yang terbaik semasa PKP untuk menjana pendapatan

Advertisement
 

HAMPIR sebulan sudah kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada hakikatnya tiada satu negara pun terkecuali secara langsung atau tidak langsung dari pandemik wabak COVID-19.

Pandemik ini telah mewujudkan rasa takut dann gelisah kepada semua manusia dari jangkitan yang boleh membunuh. Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menghapuskan penyebaran COVID-19.

Pada masa sekarang satu kesan yang tertekan sekali ialah operasi perniagaan yang terpaksa ditutup kerana tiada permintaan yang boleh menguntungkan.

Bagi kakitangan kerajaan atau swasta yang stabil mungkin tidak bermasalah teruk seperti peniaga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. PKP telah memberi kesan kepada pendapatan mereka, terutamanya golongan peniaga kecil.

 Semasa COVID-19 ini, permintaan topeng muka terus memuncak kerana pemakaiannya amat penting dan bekalan topeng muka dalam negara tidak mencukupi.
PERMINTAAN MENINGKAT: Semasa COVID-19 ini, permintaan topeng muka terus memuncak kerana pemakaiannya amat penting dan bekalan topeng muka dalam negara tidak mencukupi.

Peniaga kecil sudah pasti gusar dan pening untuk memastikan jualan masih berlaku kerana jualan adalah jantung perniagaan. Jika tiada jualan berlaku tiadalah aliran wang yang masuk ke dalam perniagaan yang diusahakan.

Ramai yang mengeluh panjang kerana apa diusahakan terpaksa dihentikan seketika bagi memberi laluan dan memudahkan kerajaan menangani penularan COVID-19.

Namun kita tidak boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa untuk menjana pendapatan. Sesuatu perlu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Cuma lakukannya dengan sebaik mungkin tanpa memudaratkan diri dan menjejaskan kesihatan orang lain.

 Semasa PKP, bagi mereka yang berkemahiran membaiki peralatan elektrik inilah masanya anda mengiklankan kepakaran dengan menawarkan perkhidmatan anda.
TAWAR PERKHIDMATAN: Semasa PKP, bagi mereka yang berkemahiran membaiki peralatan elektrik inilah masanya anda mengiklankan kepakaran dengan menawarkan perkhidmatan anda.

Di bawah adalah beberapa bisnes yang  boleh mempertimbangkan  untuk jana pendapatan dalam jangka masa pendek.

Pembersih tangan atau hand sanitizer. Permintaan pembersih tangan pada masa kini sangat meningkat. Walaupun terdapat banyak jenama lain yang dipasarkan di dalam talian. Ada juga syarikat yang terus melancarkan rangkaian produk hand sanitizer jenama mereka ketika ini. Bolehkah anda buat sedemikian?

Topeng. Semasa COVID-19 ini, permintaan topeng  terus memuncak. Pemakaian topeng amat penting dan bekalan topeng muka dalam negara yang tidak mencukupi mendesak kerajaan untuk mengambil beberapa langkah drastik termasuklah larangan untuk mengeksport dan kebenaran mengimport topeng muka. Ternyata, dengan kreativiti bisnes, anda berpeluang untuk jana pendapatan tambahan.

Penghantaran makanan. Permintaan seperti Grab Food dan Food Panda untuk penghantaran makanan semakin mendapat tempat sekarang ini. Selepas seminggu gagah untuk memasak, banyak di antara kita berniat makan makanan lain. Selain waktu PKP ini, anda masih boleh meneruskan untuk jana pendapatan ini secara sambilan. Ada juga yang terus sebagai sepenuh masa. Terpulang pada masing-masing.

Penghantar barang. Dalam waktu 'darurat' seperti sekarang, khidmat seorang 'runner' atau penghantar barang amat diperlukan untuk menghantar barang melibatkan pelbagai sektor. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan anda boleh memanfaatkan semasa PKP untuk mencari pendapatan sampingan. Kesediaan anda menjadi 'runner' bukan sahaja mampu menjana pendapatan sampingan malah turut membantu mereka yang memerlukan dalam tempoh PKP.

Anda boleh mendaftar dengan penyedia perkhidmatan dalam talian seperti Foodpanda, Grab dan Jom Tapau, sebagai runner kepada perkhidmatan yang mereka sediakan. Malah, anda juga boleh beroperasi sebagai runner persendirian di kawasan kejiranan anda dalam jarak 10km untuk membantu dan memudahkan mereka yang memerlukan servis sedemikian.

 Selain waktu PKP ini, anda masih boleh meneruskan perkhidmatan penghantaran makanan untuk menjana pendapatan secara sambilan.
PENGHANTAR MAKANAN: Selain waktu PKP ini, anda masih boleh meneruskan perkhidmatan penghantaran makanan untuk menjana pendapatan secara sambilan.

Sememangnya anda kena patuhi arahan PKP kerajaan demi keselamatan kita semua, ini tidak bermaksud anda berhenti untuk berhubung dengan pelanggan anda atau bakal pelangan anda. Berhubunglah dengan pelanggan anda, bakal pelanggan anda, team anda sendiri, bos-bos anda. Bertanya khabar pun sudah memberi impak yang lain. Tindakan prihatin sedemikian akan memastikan bisnes anda berterusan.

Waktu-waktu PKP ini memang terdapat pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan masing-masing. Tidak dapat dinafikan kita semua  terjejas dan tertekan  dari segi pendapatan. Berhadapan dengan masalah sekarang kita harus senantiasa banyak berbincang cara-cara untuk dapatkan jualan dalam tempoh PKP ini. Bisnes boleh dibuat secara online.

Ternyata di masa sekaranglah anda harus banyakkan berkongsi aktiviti  dengan pasukan bisnes anda. Kongsikan kemajuan anda dalam segala tindakan yang anda buat. Kongsikan kejayaan anda dengan
pasukan. Kejayaan kecil pun patut diraikan. Ini secara tidak langsung memberi harapan baru kepada pasukan dalam perniagaan anda.

 Dalam waktu darurat seperti sekarang khidmat seorang 'runner' atau penghantar barang amat diperlukan.
PENGHANTAR BARANG: Dalam waktu darurat seperti sekarang khidmat seorang 'runner' atau penghantar barang amat diperlukan.

Memberi sinar orang kata. Di kala PKP ini ramai yang murung dan gelisah. Sedikit sinar harapan pun dapat membantu orang sekeliling kita.

Semasa PKP, bagi mereka yang berkemahiran membaiki peralatan elektrik seperti mesin basuh, pendingin hawa dan peti sejuk, inilah masanya anda mengiklankan kepakaran dengan menawarkan perkhidmatan membaiki.

Mulakan perkhidmatan membaiki komputer anda dalam kawasan kejiranan tidak melebihi jarak 10 kilometer. Promosikan kemahiran anda menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp agar diketahui ramai. Dalam keadaan sekarang ini tentu ramai yang bekerja dari rumah.Perkara sedemikian juga boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemahiran membaiki komputer.

Begitu juga dengan mereka yang berkemahiran membaiki kereta, motosikal, telefon bimbit dan alat muzik. Tidak ketinggalan juga mereka yang mahir menjahit baju, langsir dan sebagainya. Anda boleh
menguar-uarkan kemahiran dimiliki dan tawarkan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dengan upah yang berpatutan.

Dalam tempoh PKP, peniaga dalam talian masih sibuk meneruskan perniagaan masing-masing. Apa yang perlu dilakukan cuma uar-uarkan perkhidmatan ditawarkan sehingga sampai kepada golongan berkenaan dengan tawaran harga menarik dengan hasil kreatif. Begitu juga dengan mereka yang mahir dalam bidang multimedia.

Anda mungkin dicari oleh mereka yang aktif membuat kandungan dalam media sosial. Kemahiran anda diperlukan untuk membantu mereka menyunting video, menghasilkan kesan khas, motion dan sebagainya bagi memenuhi keperluan kandungan mereka.

Bisnis tanpa batasan. Semua ini boleh dilakukan tidak kira anda berada di mana-mana. Dengan teknologi yang ada sekarang seperti platform social media, semua ini boleh dilakukan tanpa memerlukan anda keluar secara fizikal.Kita kena tabahkan hati dan menghadapi cabaran yang tidak juga terlalu sukar.

COVID-19 memberi satu kesedar kepada kita bahawa  kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Sama-samalah kita berusaha secara positif dan berdoa kerana doa dan berusaha mampu mengubahnya.

Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan maha pemberi rezeki. Bab kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih! Jaga diri semua.

Advertisement