Anda di sini

Hasbi hulur RM15,000 daripada kerajaan persekutuan kepada Hospital Limbang

Advertisement
 Faris (dua kiri) menyerahkan cek sumbangan kepada Dr Faez di Hospital Limbang baru-baru ini.
BANTUAN: Faris (dua kiri) menyerahkan cek sumbangan kepada Dr Faez di Hospital Limbang baru-baru ini.

LIMBANG: Tersentuh dengan kegigihan dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang menangani penularan COVID-19, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah tampil memberikan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada Hospital Limbang, baru-baru ini.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda sokongan moral atas dedikasi dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang menangani penularan COVID-19.

Beliau berkata, sumbangan di bawah peruntukan khas kerajaan persekutuan itu diberikan  bagi membina bilik air dan tandas di kawasan pemindahan wad sementara.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khasnya Faris Hasli kepada Pegawai Perubatan Hospital Limbang Dr Faez Ibrahim.

Advertisement