Anda di sini

Tiong serah sumbangan kepada Hospital Sibu

Advertisement
 Lau (empat kiri) menyerahkan sumbangan peribadi daripada Tiong kepada Dr Ng sambil disaksikan yang lain di Sibu, semalam.
IKHLAS: Lau (empat kiri) menyerahkan sumbangan peribadi daripada Tiong kepada Dr Ng sambil disaksikan yang lain di Sibu, semalam.

SIBU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing telah menyampaikan sumbangan peribadinya kepada Hospital Sibu, semalam.

Sumbangan itu berupa 30,000 topeng pembedahan dan 700 pakaian perlindungan peribadi (PPE).

Selain itu, Tiong juga menyumbang 1,500 topeng muka dan 1,500 pasang stoking.

Derma peribadi Tiong itu telah diserahkan Pengerusi PDP Bahagian Wilayah Tengah Datuk Lau Cheng Kiong kepada Pengarah Hospital Sibu Dr Mohammad Ng Siah Huat.

Upacara penyerahan ringkas itu diadakan di hospital turut dihadiri ahli-ahli parti yang lain.

Advertisement