Anda di sini

redONE lancarkan pelan pascabayar mampu milik dan beri data percuma kepada para pelanggan semasa PKP

Advertisement
 

KUCHING: redONE Network Sdn Bhd (redONE), syarikat Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) Postpaid terbesar di Malaysia baru-baru ini melancarkan pelan postpaid baharu dengan tawaran data yang lebih banyak dan pada harga yang lebih murah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), redONE memberikan 1GB data percuma setiap hari kepada para pelanggan mereka, ujar pihaknya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Jelasnya, pada Mac lalu, redONE telah memberikan 10GB data 4G LTE percuma kepada para pelanggan mereka supaya dapat terus berhubung di media sosial.

“Kali ini redONE memberikan 1GB data percuma kepada semua pelanggan sehingga PKP berakhir.

“Inisiatif ini diambil untuk membantu para pelanggan redONE agar dapat kekal berhubung ketika berada di rumah,” jelasnya.

Sehubungan itu, redONE melancarkan dua pakej pelan terbaharu pada 1 April lalu iaitu pelan postpaid Amazing58 dan pelan postpaid Amazing38.

“Pelan ini masing-masing menawarkan 60GB data dan 33GB data dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

“Ia ditujukan untuk pengguna perkhidmatan tele-komunikasi yang ingin menaik taraf kepada pelan postpaid yang lebih dipercayai dengan liputan rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia,” jelas redONE lagi.

Selain itu perkhidmatan Khidmat Pelanggan redONE dan beberapa cawangan terpilih akan beroperasi untuk membantu mereka sepanjang tempoh ini.

Pelanggan turut digalakkan untuk memuat turun aplikasi redONE 1App jika ingin membuat bayaran bil dengan mudah melalui pemindahan dalam talian, atau dengan menggunakan kad kredit/de-bit menerusi aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, redONE juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal selamat dalam tempoh yang sukar ini dan ingatlah bahawa #redONEJagaKita.

Advertisement