Anda di sini

MASkargo sambut rakan niaga baharu, Ethiopian Airlines di KLIA

Advertisement
 Muatan kargo sebanyk 96 tan dibawa dari Dubai.
SARAT: Muatan kargo sebanyk 96 tan dibawa dari Dubai.

KUCHING: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) kelmarin menyambut ketibaan rakan niaganya yang baharu, Ethiopian Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MASkargo menerusi satu kenyataan berkata, pesawat pengangkut Ethiopian Airlines ET3638 mendarat di KLIA pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Pengurus Besar Operasi MASkargo Jamaludin Ismail.

Jelasnya, berikutan COVID-19, ketibaan pesawat itu diraikan secara sederhana berbanding kebiasaan.

“Jamaludin menyambut Kapten Alexander Privets dan Kapten Miniyahile Dilnessahu yang menerbangkan pesawat berkenaan dari Dubai bersama 96 tan kargo,” katanya.

 Pihak MASkargo bersama wakil Ethiopian Airlines merakam kenangan di KLIA kelmarin.
RAKAN KERJASAMA: Pihak MASkargo bersama wakil Ethiopian Airlines merakam kenangan di KLIA kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ibrahim Mohamed Salleh berkata, pasukan MASkargo berasa gembira dan mengalu-alukan Ethiopian Airlines sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

“Perkongsian menarik ini, bukan sahaja menambahkan perkhidmatan pihak kami, malah akan membantu kami mengembangkan jangkauan kami ke Eropah sekali gus menawarkan pilihan kepada pelanggan kami untuk kargo mereka,” ujar beliau.

Perkhidmatan mingguan yang menawarkan muatan sehingga 80 tan dari Kuala Lumpur itu beroperasi menggunakan pesawat Boeing 777 dari Ethiopia.

Ia dijalankan dari Brussels dan laluan penerbangannya adalah Brussels-Dubai-Kuala Lumpur-Brussels.

Advertisement