Anda di sini

Mane akan ‘menerima’ jika Liverpool terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana kerana COVID-19

Advertisement
MANE
MANE

LONDON, England: Penyerang kelab Liverpool, Sadio Mane, berkata beliau akan “menerima” jika Liverpool terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ekoran pandemik koronavirus (COVID-19).

Skuad kendalian Jurgen Klopp ketika ini berada di tangga teratas liga dengan kelebihan 25 mata berbanding pencabar terdekat dan diambang memenangi kejuaraan liga yang pertama kelab sejak 1990 sebelum musim tertangguh tanpa notis kerana COVID-19.

Liverpool hanya kurang dua kemenangan sebelum mengesahkan kejuaraan tetapi Mane berkata beliau boleh faham jika kelab terpaksa menunggu lagi untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak sekian lama.

“Saya mahu memenangi perlawanan dan mahu menjulang trofi, ia sesuatu yang saya mahu lakukan,” kata Mane. “Tetapi dengan situasi ketika ini, apa jua yang berlaku, saya boleh menerimanya.

“Ia sangat sukar untuk Liverpool, tetapi ia adalah lebih sukar untuk begitu ramai lagi orang di seluruh dunia. Ada di antara mereka kehilangan anggota keluarga dan juga situasi yang lebih sukar dari apa yang dibayangkan.

“Tetapi bagi diri saya sendiri, ia adalah impian saya dan saya mahu memenanginya tahun ini. Jika ia tidak berlaku, saya akan menerimanya, ia sebahagian dari kehidupan. Saya berharap kami akan memenanginya tahun hadapan.”

Presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, ada berkata di mana ‘tiada cara’ di mana Liverpool tidak dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris dan juga memberi amaran kepada liga yang menamatkan liga tanpa kebenaran mereka, akan berdepan penggantungan dari pertandingan di Eropah musim hadapan.

Belgium menjadi liga pertama di Eropah yang membatalkan baki musim mereka pada minggu lepas dengan Club Brugge diisytiharkan juara. — AFP

Advertisement