Anda di sini

Aplikasi SHN ciptaan Swinburne bantu tingkat keberkesanan PKP

Advertisement
PROFESOR PATRICK THEN
PROFESOR PATRICK THEN
 Tangkapan skrin aplikasi SHN.
INOVASI: Tangkapan skrin aplikasi SHN.

KUCHING: Aplikasi mudah alih Stay Home Notice (SHN) ciptaan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak dijangka mampu membantu usaha kerajaan membendung penularan virus COVID-19, sekali gus meningkatkan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Swinburne’s Centre for Digital Futures Profesor Patrick Then yang mengetuai aplikasi SHN itu berkata, sistem pemantauan daripada aplikasi tersebut akan dapat mengurangkan beban kerja agensi pemantauan yang terlibat.

“Individu yang diarahkan untuk menjalani kuarantin boleh menggunakan aplikasi SHN untuk melaporkan lokasi dan menghantar gambar mereka kepada agensi pemantauan.

“Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma oleh mana-mana individu, pegawai kesihatan, serta organisasi dan institusi awam dan swasta untuk tujuan pemantauan,” kata Then menerusi satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, lebih daripada 20 subjek menggunakan aplikasi SHN buat masa ini.

“Ia juga digunakan oleh Hospital Umum Sarawak (HUS), sementara Hospital KPJ Kuching dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang dalam proses menguji aplikasi itu,” tambah beliau.

Katanya, hanya mereka yang diberi notis tersebut oleh agensi berkaitan atau majikan dikehendaki untuk melaporkan status mereka.

“Terdapat dua syarat untuk menggunakan aplikasi ini.Pertama, pengguna harus memberi kebenaran kepada aplikasi itu untuk mengesan lokasi dan gambar mereka, dan kedua pengguna harus diberi SHN oleh agensi atau majikan berkaitan,” tambah Then.

Dalam pada itu, Dr Grace Lee daripada HUS berkata aplikasi SHN dapat meningkatkan kecekapan pemantauan selain memastikan pekerja kesihatan mematuhi polisi organisasi dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Aplikasi ini diharapkan dapat membantu dalam ‘flattening the curve’,” ujar Dr Grace.

Kumpulan penyelidik Swinburne merancang menambah baik aplikasi tersebut denganciri-ciri seperti nada dering yang akan memberi peringatan kepada pengguna bahawa mereka telah berge-rak di luar kawasan kuarantin dan ciri-ciri yang dapat menghubungkan aplikasi itu dengan alat pemantauan tanpa wayar yang menyukat suhu badan.

Selain Then, aplikasi SHN juga diketuai oleh Ketua Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta kumpulan penyelidik daripada pusat dan sekolah tersebut. Pelajar sarjana daripada sekolah tersebut turut terlibat sebagai pemaju.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www.swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

Advertisement