Anda di sini

Trump tuduh WHO memihak kepada China, ugut potong pembiayaan

Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengugut untuk memotong pembiayaan AS kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang beliau tuduh memihak kepada China, di mana pihak berkuasa menarik balik larangan perjalanan selama dua setengah bulan ke atas Wuhan, kota yang melahirkan pandemik COVID-19.

Ketika AS mengalami hampir 2,000 kematian dalam tempoh 24 jam, China pula melaporkan tiada kematian baharu buat pertama kali sejak wabak itu bermula di Wuhan pada hujung Disember lalu.

Sementara itu Perdana Menteri Britain Boris Johnson masih dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi di sebuah hospital London, selepas dimasukkan Isnin lepas, 10 hari selepas beliau didiagnos dengan virus itu.

Jurucakapnya berkata pe-mimpin Konservatif berusia 55 tahun itu “bersemangat”, menerima “rawatan oksigen standard” dan tidak me-      merlukan ventilator.

Kemasukan seorang pe-mimpin dunia berprofil tinggi ke hospital menggariskan jangkauan global COVID-19, yang telah meletakkan lebih empat bilion manusia – lebih separuh planet – dalam pelbagai sekatan pergerakan, menterbalikkan masyarakat dan menjejaskan ekonomi dengan teruk di seluruh dunia.

Di tengah-tengah amaran bahawa keadaan lebih buruk belum lagi berlaku, bilangan kematian meningkat akibat virus itu yang kini sudah meragut lebih 82,000 nyawa dan menjangkiti lebih 1.4 juta orang di seluruh dunia.

Di Washington, Trump memberitahu pemberita, beliau “akan meletakkan cengkaman yang sangat kuat” ke atas pembiayaan kepada WHO, badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima sumbangan bantuan terbesar dari AS, selepas menuduhnya “sangat berat sebelah kepada China”.

“Mereka berkata ia salah,” katanya mengenai satu amaran perjalanan WHO ke atas China. “Mereka dapat berkata begitu beberapa bulan lebih awal.”

Trump tidak memberi sebarang maklumat me-ngenai berapa banyak wang yang akan ditahannya dan beberapa minit kemudian beliau berkata beliau hanya akan “menimbang untuk menamatkan pembiayaan”.

China berdepan dengan kritikan berhubung cara ia menangani wabak virus itu pada mulanya dan Trump serta yang lain telah me-        nyuarakan keraguan me-ngenai statistik China bagi kes dan kematian.

Trump sendiri telah di-kritik dengan meluas kerana pada mulanya menepis virus itu, yang beliau samakan dengan selsema biasa sebelum kemudian menerima bahawa ia adalah darurat kebangsaan.

Lebih 12,800 warga Amerika kini sudah mati akibat COVID-19, menurut Universiti Johns Hopkins, dan dengan hampir 400,000 kes, negara itu mempunyai jumlah yang tertinggi di dunia.

Seramai 1,939 orang mati di AS dalam tempoh 24 jam sehingga petang kelmarin.

Britain melaporkan 786 kematian baharu dan negeri New York menyaksikan 731 dalam tempoh 24 jam, selepas Sepanyol, Perancis dan Itali semua merekodkan peningkatan kematian baharu.

Penyelidikan baharu me-nunjukkan keadaan di Britain berada pada trajektori yang lebih curam berbanding negara lain dan meramalkan sebanyak 66,000 kematian pada Julai nanti, jauh lebih banyak berbanding di Itali, yang mencatatkan jumlah kematian paling tinggi setakat ini pada 17,127.

Paris kelmarin melarang orang joging pada waktu siang untuk memastikan orang ramai tidak melanggar peraturan sekatan pergera-kan antiCOVID-19 selepas Perancis mencatatkan lebih 10,000 kematian.

Namun statistik memberi sinar harapan.

Sepanyol berkata trend yang menurun di sana dalam jangkitan baharu dan kemati-an masih terus menurun dan peningkatan kematian pada Isnin dan kelmarin adalah kerana penjumlahan ke-matian pada hujung minggu lepas.

Parlimen Iran bersidang buat pertama kali sejak hujung Februari lalu selepas negara itu melaporkan penurunan jangkitan baharu buat hari ketujuh berturut-turut.

Di New York, pusat tum-puan utama wabak di AS, Gabenor Andrew Cuomo berkata negeri itu dipercayai semakin menghampiri puncak pandemik di sana tetapi menggesa warga New York untuk terus duduk dalam rumah.

“Saya tahu ia susah tetapi kita mesti terus melakukannya,” katanya.

Seorang pengarah pusat pengebumian di Kota New York, Pat Marmo, berkata dia menangani jumlah mayat yang tiga kali lebih banyak daripada biasa.

“Ia hampir seperti 9/11, yang berlaku hari demi hari,” katanya.

Walaupun arahan duduk di rumah dikeluarkan, pe-ngundi di sebuah lagi negeri di AS, Wisconsin, membuang undi dalam pemilihan calon presiden Demokrat dan pilihan raya tempatan.

Akhbar The Milwaukee Journal-Sentinel menunjuk-kan seorang wanita yang memakai topeng muka berbaris untuk mengundi sambil membawa poster yang tertera kata-kata: ““THIS IS RIDI-CULOUS.”

Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB berkata 81 peratus tenaga kerja global seramai 3.3 bilion orang kini terjejas disebabkan oleh “krisis global terburuk sejak Perang Dunia Kedua”.

Jepun, yang mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan kelmarin, menjanji-kan pakej rangsangan bernilai AS$1 trilion (RM5 trilion) dan Trump berkata beliau menyokong satu lagi program perbelanjaan besar-besaran di AS, kali ini menyasari projek infrastruktur. — AFP       

        

Advertisement