Anda di sini

Siklon raksasa badai bandar Vanuatu

Advertisement

PORT VILA: Siklon berbahaya memusnahkan kebanyakan tempat di bandar kedua terbesar di Vanuatu tetapi amaran awal dipercayai telah berjaya mencegah kematian yang banyak di negara Pasifik itu, dengan sebahagian penduduk yang mencari perlindungan di gua untuk menyelamatkan diri, kata pekerja bantuan semalam.

Siklon Tropika Harold, yang meragut 27 nyawa ketika ia melanda Solomon Islands pada minggu lepas, membadai wilayah utara Vanuatu pada malam semalam sebagai taufan “super” kategori lima yang tertinggi atas skala.

Bandar Luganville, de-ngan populasi seramai 16,500 orang, dibadai secara langsung apabila ribut selaju 235 kilometer sejam me-numbangkan bangunan dan menyebabkan banjir kilat.

Pengarah World Vision di Vanuatu, Kendra Gates Derousseau, berkata pengurus tempatan badan amal itu memberitahunya bahawa kerosakan boleh dibandingkan dengan taufan kategori lima terakhir yang melanda negara itu, Siklon Pam, pada 2015.

“Saya sempat bercakap dengannya menerusi telefon satelit dan dia menganggarkan kira-kira 50 peratus tempat tinggal telah dirosakkan dengan signifikan, pejabat World Vision sudah hilang bumbungnya,” katanya kepada AFP.

“Dia menyebut bahawa dia tidak mendengar sebarang laporan tentang kematian atau sebarang kecederaan yang signifikan pada waktu ini,” tambah pekerja bantuan yang berpangkalan di Port Vila itu.

Komunikasi masih terputus di kebanyakan tempat di negara itu dan Gates Derousseau berkata skala bencana hanya akan diketahui selepas komuniti pulau terpencil, seperti Pentecost di selatan, dapat dihubungi.

“Mereka berada betul-betul dalam pusat siklon dan mereka tidak ada banyak bangunan konkrit, mereka mencari perlindungan dalam tempat tinggal atap tradisio-nal atau gua,” katanya.

Setiausaha Agung Persatu-an Palang Merah Vanuatu, Jacqueline de Gaillande, berkata isu komunikasi bermakna maklumat terkini yang dia terima adalah catatan media sosial oleh kakitangan tempatan badan amal itu pada petang kelmarin.

“Mereka menunjukkan banyak kerosakan tetapi kita belum ada angka kematian lagi,” katanya kepada AFP.

Usaha bantuan antarabangsa besar-besaran dilancarkan selepas Siklon Pam pada 2015 meratakan Port Vila, membunuh 11 orang dan memusnahkan dua pertiga daripada kapasiti ekonomi negara itu.

Gates Derousseau berkata operasi sama tidak mungkin dapat dijalankan bagi Harold kerana Vanuatu berazam untuk kekal sebagai satu daripada beberapa tempat di dunia yang tiada kes COVID-19 yang disahkan.  

Dia berkata membenarkan kemasukan pekerja bantuan antarabangsa berisiko mengimport virus berkenaan tanpa sengaja, maka itu sempadan antarabangsa Vanuatu akan terus ditutup kepada ketibaan baharu.

“Ia (usaha bantuan) mesti diketuai oleh orang tempatan, didorong oleh orang tempatan, yang bekerja dengan rakan-rakan kemanusiaan yang kini berada dalam negara.

“Stok bekalan yang besar sudah pun ada, iaitu pengajaran yang diperolehi daripada Pam, jadi kita dapat memulakan kerja de-ngan agak cepat,” katanya. — AFP

Dia berkata bekalan gantian boleh dibawa masuk dari luar negara apabila stok habis nanti, tetapi ia akan dinyah kuman untuk memastikan ia bebas daripada virus.

Vanuatu tidak memiliki prasarana kesihatan untuk menangani wabak COVID-19 yang ringan sekali pun, dan media tempatan melaporkan pada bulan lepas bahawa negara dengan 300,000 penduduk itu memiliki hanya dua ventilator pernafasan sahaja.

Siklon Harold sudah pun menyebabkan kerosakan yang berleluasa di Solomon Islands, di mana sebuah feri antara pulau tidak mempedulikan amaran keadaan cuaca buruk dan 27 orang maut akibat jatuh ke dalam laut selepas dipukul ombak.

Fiji semalam mengeluarkan amaran siklon awal untuk pulau-pulau di selatan, supaya bersiap sedia bagi laut bergelora dan ribut dengan kekuatan angin kencang yang boleh menyebabkan kerosakan. — AFP

Advertisement