Anda di sini

Rogol kekasih bawah umur sehingga hamil, remaja diberkas di Batu Kawa

Advertisement
 

KUCHING: Seorang remaja lelaki diberkas kerana disyaki merogol kekasihnya yang baharu berusia 15 tahun di sebuah kampung di Jalan Batu Kawa di sini, pada Selasa.

Menurut sumber, kejadian terbongkar apabila mangsa mengadu sakit dan disahkan mengandung semasa diperiksa di sebuah klinik di Batu Kawa pada 1 April lepas.

Mangsa, semasa disoal siasat pihak klinik, mengaku dirogol teman lelakinya yang baharu dikenalinya sejak Ogos tahun lepas. 

"Mangsa mengadu kejadian berlaku pada Januari tahun ini di rumah keluarga suspek semasa ketiadaan ahli keluarga yang lain di rumah.

"Laporan telah dibuat dan suspek berusia 18 tahun berjaya diberkas polis sekitar jam 5 petang semalam," kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Suspek semasa disoal siasat mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa dan dia akan direman hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Aidil selain itu memberitahu suspek menyatakan hubungannya dengan mangsa juga telah diketahui oleh keluarga kedua-dua pihak.

"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan sebagai kes rogol kerana mangsa masih bawah umur," kata Aidil.
 

  • oleh
  • Advertisement