Anda di sini

Rakyat Malaysia sumbang lebih RM300,000 kepada Tabung COVID-19 Boost

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia telah menyumbang lebih RM300,000 kepada Tabung COVID-19 oleh Boost untuk membantu petugas barisan hadapan memerangi pandemik COVID-19.

Boost, subsidiari Axiata Digital Services dan sebahagian daripada Axiata Group Bhd melancarkan sumbangan itu sebagai antara pengisian kempen #BoostGotYou.

Dalam kenyataan hari ini Boost berkata sebahagian besar daripada sumbangan itu telah disalurkan kepada dana khas COVID-19 Kementerian Kesihatan untuk pembelian kelengkapan perubatan, ubat-ubatan, reagen, barangan pakai buang dan keperluan perubatan yang lain seperti peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas-petugas kesihatan.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh terus menyumbang kepada ‘Tabung COVID-19 by Boost’ secara terus di aplikasi ‘Tabung COVID-19’ pada skrin utama Boost dan memasukkan jumlah yang ingin didermakan.

Pengguna juga boleh memberikan sumbangan menggunakan ‘Boost Coins’, katanya. 

“Untuk berbuat demikian, lihat tab ‘Profile,’ tekan ‘Browse Rewards’ dan pilih Browse Rewards.’ Kemudian buat pilihan yang disediakan untuk mengesahkan sumbangan.

“Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi profil Instagram rasmi Boost @myboostapp," kata Boost.

‘Tabung COVID-19 by Boost’ adalah satu daripada lima inisiatif di bawah kempen #BoostGotYou.

Di bawah kempen ini, rakyat Malaysia mempunyai akses mudah kepada keperluan harian mereka seperti memesan makanan dan barangan runcit, membayar bil dan menambah nilai prabayar telefon bimbit, mendapatkan hiburan serta manfaat perlindungan diri menerusi insurans COVID-19. - Bernama 

Advertisement