Anda di sini

PPKK, MAPIM sampai sumbangan kepada petugas KKM di barisan hadapan

Advertisement
 Dr. Haji Johari (tiga kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Otoh Sibik (tiga kiri).
TERBAIK: Dr. Haji Johari (tiga kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Otoh Sibik (tiga kiri).

SANDAKAN: Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Kawasan Sandakan, Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Sabah dan MAPIM Daerah Sandakan menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Klinik Desa Batu 7 dan Jabatan Pesakit Luar Sandakan.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kawasan Sandakan yang juga Yang Dipertua  MAPIM Negeri Sabah, Haji Otoh Sibik Haji Sahak telah menyerahkan sumbangan itu kepada Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Haji Johari Ag. Besar di Kompleks Kesihatan Klinik Desa Batu 7. 

Manakala, penyerahan sumbangan di Jabatan Pesakit Luar telah diserahkan kepada Perunding Kanan Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Hajah Zaiton Yahaya.

Otoh Sibik yang juga Naib Presiden Bapa MAPIM Kebangsaan berkata matlamat dan tujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan ini adalah untuk membantu dan meringankan beban dan memudahcarakan kepada Petugas Barisan Harapan .

“Ini disebabkan di atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memerangi dan membendung wabak COVID-19  yang melanda bukan saja di negara kita tetapi di seluruh dunia,” katanya.   

Beliau menganggap semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membanteraskan virus COVID-19 ini adalah insan yang terpilih oleh Allah SWT  menjadi Wira dan Wirawati Negara dalam sejarah tanahair kita.

“Di atas pengorbanan mereka yang terlalu besar dan berdepan dengan risiko yang getir, mereka sanggup meninggalkan keluarga tersayang dan mempertarungkan jiwa raga demi negara yang tercinta ini. 

“Kita berdoa semoga Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 ini akan berakhir dalam waktu terdekat, bebas dari wabak dan akan membolehkan kita rakyat Malaysia khususnya umat Islam di negari Sabah dan di negara ini dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat Terawih di dalam bulan Ramadan Al Mubarrak,” katanya.

Otoh Sibik berkata sekaligus kita akan dan menunaikan ibadah Solat Sunnat Aidilfitri bersama seluruh keluarga tersayang dan kaum muslimin dan muslimat diseluruh negara.

Beliau berkata begitu juga masyarakat bukan beragama Islam dapat menunaikan ibadat seperti biasa di pusat-pusat ibadat seluruh negara.

  • oleh
  • Advertisement