Anda di sini

Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Ujian saringan Covid-19 yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) didapati positif, lapor portal berita Malaysiakini hari ini.

"Aidi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang semalam selepas mengalami sakit tekak.

"Hospital itu kemudian menelefonnya malam semalam untuk memaklumkan kepadanya bahawa beliau perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan," laporan itu dipetik.

Aidi turut dipetik sebagai berkata, isterinya dan anggota yang bekerja dengannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, termasuk mereka di pejabatnya, telah diarahkan supaya menjalani kuarantin sendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 mereka.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan ujian COVID-19 terhadapnya adalah negatif. Beliau diambil sampel ujian pada Isnin.

"Ujian terhadap saya negatif. Esok (Khamis) saya masuk kerja semula (setelah kuarantin di rumah tamat)," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Dev menjalani kuarantin di rumah 14 hari apabila beliau menghadiri mesyuarat bersama individu yang positif COVID-19.

Advertisement