Anda di sini

Pengamal undang-undang turut terjejas akibat PKP

Advertisement
(Dari kiri) FRANCIS TERON, ABDUL RAHMAN, HANI dan ROGER CHIN
(Dari kiri) FRANCIS TERON, ABDUL RAHMAN, HANI dan ROGER CHIN

KUCHING: Pengamal undang-undang tidak terkecuali daripada terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 21 hari dilaksanakan di seluruh negara.

Roger Chin, seorang pe-guam bela jenayah ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, PKP menjejaskan sumber pencariannya kerana kebiasaannya, anak guam akan membayar yuran guaman se-minggu sebelum perbicaraan, namun kini mereka menangguhkan pembayaran.

“Disebabkan PKP, semua perbicaraan di mahkamah ditangguhkan. Teman seperjuangan saya yang lain juga tidak mampu meraih sebarang pendapatan sepanjang tempoh ini,” ujarnya yang turut mengakui kadar jenayah yang menurun menyumbang kepada kurangnya keperluan khidmat guaman.

“Walaupun saya menerima beberapa panggilan daripada bakal klien yang bertanya mengenai kes jenayah mereka, saya mengalami kesukaran untuk bertemu mereka di-sebabkan PKP yang dilaksanakan,” katanya semalam.

Sementara itu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Sarawak Hani Iryani berkata ada antara anak guamnya enggan membayar khidmat guaman pada masa ini.

“Ada juga yang memohon membuat pembayaran dalam bentuk ansuran,” katanya yang bersikap profesional kerana mengetahui wabak COVID-19 itu merupakan masalah global.

Dalam usaha untuk ber-       tahan Hani mengeluarkan wang simpanannya sendiri.

Mengulas tentang pen-gendalian kes di mahkamah pula, beliau berkata COVID-19 merupakan pandemik serius dan seseorang itu meletakkan diri dalam risiko bila keluar ke tempat awam dan ramai orang.

“Di mahkamah, kita bertemu ramai orang dari balai, lokap, penjara dan lain-lain. Anda tidak tahu sekiranya mereka sihat atau tidak,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Francis Teron, peguam mengendalikan kes sivil dan jenayah pula bersependapat dengan Hani dan menurutnya, banyak kes pemindahan hartanah dan tuntutan hak terpaksa ditangguhkan.

“Sekarang semua perkhidmatan dihentikan, sebagai seorang peguam dan majikan yang memiliki firma guaman, saya terpaksa memikirkan cara untuk menjaga kebajikan pekerja dan pada masa yang sama, menyelamatkan firma guaman,” jelasnya.

Pendapat beliau itu turut disokong seorang rakan seperjuangannya, peguam kes jenayah, Abdul Rahman Mohd Hazmi yang masih perlu membayar gaji dan elaun kakitangan sokongan walaupun tiada kes yang dibicarakan pada masa ini.

“Dalam kes saya, saya masih perlu membayar elaun kepada pekerja selain perlu membayar hutang, bil dan sewa firma saya.

“Malah saya baharu saja memindahkan firma ke lokasi baharu dan sedang menanggung kos pengubah-suaian.

“Kini, saya perlu mengeluarkan simpanan untuk meneruskan hidup semasa PKP ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement