Anda di sini

KTS Group sedia sumbangan makanan kepada golongan susah

Advertisement
 Wong (tengah) menyerahkan simbolik sumbangan kepada Francis (kanan). Turut kelihatan Paul (kiri).
SUMBANGAN: Wong (tengah) menyerahkan simbolik sumbangan kepada Francis (kanan). Turut kelihatan Paul (kiri).

KOTA KINABALU: KTS Group menyumbangkan sebanyak 230 bungkusan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Matunggong dan Kota Marudu.

Lebih 200 keluarga kebanyakannya dalam kalangan miskin tegar dan penghidap talasemia di kawasan terbabit memerlukan bantuan kerajaan.

Sumbangan yang disediakan KTS Group membabitkan beras 10 kilogram, paket bungkusan 'Mee Daddy' dan biskut yang akan disampaikan kepada setiap keluarga yang memerlukan.

Simbolik penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Operasi KTS Trading Kawasan Sabah Wong Kee Mee kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Francis Au di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini semalam. Turut hadir, Pengurus Kanan Pejabat KTS Trading Kawasan Sabah Paul Hii.

  • oleh
  • Advertisement