Anda di sini

KPDNHEP Sarawak keluarkan 13 Notis Pencatutan terhadap peniaga semasa PKP

Advertisement
 Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sarawak memeriksa satu daripada premis perniagaan di pasar Simunjan.
PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sarawak memeriksa satu daripada premis perniagaan di pasar Simunjan.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak mengeluarkan 13 Notis Pencatutan terhadap peniaga semasa tempoh Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP).

Ia merupakan sebahagian daripada 33 Notis Pencatutan yang dikeluarkan bagi tempoh 1 Januari hingga 6 April 2020, kata KPDNHEP.

“Bagi kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sahaja telah menghasilkan sebanyak 212 kes, dengan nilai rampasan sebanyak RM17,689 dan jumlah kompaun sebanyak RM37,500,”kata kementerian terbabit dalam satu kenyataan.

Menurutnya juga, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP telah membuat pemeriksaan di sekitar pasar Simujan kelmarin berikutan aduan yang diterima daripada orang awam yang menyatakan harga barangan yang dijual di pasar Simujan ‘melambung naik’.  

“Semasa pemeriksaan dijalankan, setiap premis ada mempamerkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan yang dijual dan semua jenis alat timbang yang digunakan untuk tujuan perdagangan berada dalam keadaan elok.

“Namun, para peniaga di sekitar pasar Simunjan dinasihati dan diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan tidak sesuka hati mengambil kesempatan untuk menaikan harga barang,” jelas kenyataan itu lagi.

KPDNHEP juga mene-gaskan mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga dengan tidak munasabah dan melebihi paras margin keuntungan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 14, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua-nya manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000 jika didapati bersalah,” tegasnya.

Dalam pada itu, KPDNHEP Sarawak akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna dapat menikmati barangan keperluan pada harga yang berpatutan.

“Para pengguna juga dinasihati supaya membeli barangan secara berhemah, menjarakkan diri ketika membuat pembelian dan tidak melakukan pembelian panik kerana stok bara-ngan keperluan mencukupi,” jelasnya.

Sebarang aduan boleh di-salurkan melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di tali-an WhatsApp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Sepanjang tempoh PKP ini, bilik gerakan KPDNHEP Sarawak dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari dan boleh dihubungi di talian 082-466052 bagi pejabat Kuching, 083-323836 (Sri Aman), 084-657751 (Sarikei), 084-329202 (Sibu), 084-799678 (Kapit), 086-332176 (Bintulu), 085-412862 (Miri), 085-217414 (Limbang), 084-872726 (Mukah) dan 085-283650 (Lawas).

Advertisement