Anda di sini

Keadaan Boris Johnson dilaporkan stabil 

Advertisement
Boris dimasukkan ke ICU pada Isnin - Gambar fail AFP

MOSCOW: Perdana Menteri Boris Johnson, kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Isnin, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya dimaklumkan Perdana Menteri berada dalam keadaan stabil. Sebelum ini dia perlu oksigen tetapi tidak menggunakan mesin alat bantuan pernafasan," kata Edward Argar Menteri di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial negeri.

Perdana menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas dijangkiti COVID-19, kemudian dipindahkan ke ICU pada Isnin. - Bernama 

Advertisement